Rabu, 29 Ogos 2007

Tahniah KM 10 TAHUN JADI KP

Tahun depan genaplah 10 tahun KM jadi KP (Ketua Pengembala) - tahniah kepada anda kerana berjaya menjadikan Utusan ?????????????????.

1. Porak-peranda:
Berikutan pemberhentian kira-kira 40 wartawan, penolong pengarang dan pengarang serta kini bergelut dengan kekurangan wartawan berkebolehan - yang tinggal mengendalikan Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia hanya pengarang-pengarang yang `Yes Sir' , penakut dan tidak tahu apa yang hendak ditulis.

2. Edaran akhbar merosot:
Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia yang dulunya akhbar paling tinggi jualan dengan Utusan Malaysia mencecah 350,000 naskah kini hanya tinggal 180,000 naskah dan Mingguan Malaysia yang dulunya mencecah pengedaran 650,000 kini hanya tinggal 350,000.

3. Paling Dibenci Orang Melayu:
Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia kini tidak lagi menjadi pilihan orang-orang Melayu kerana ia tidak mempunyai aspirasi akhbar orang Melayu.

Anda akan mencapai usia 55 tahun pada tahun depan - persoalannya adakah anda akan menyambung kontrak anda sendiri untuk menjadikan anda KP yang paling lama berkhidmat. Nampaknya anda telah memulakan lobi-lobi untuk mendapatkan belas ehsan dari Perdana Menteri dan Budak-budak Tingkat 4 bagi membolehkan anda menyambung perkhidmatan anda sebagai KP . Teruskan melobi kami pasti anda akan berjaya menyambung kontrak - tapi ingatlah bahawa setiap apa yang anda lakukan semasa menjadi KP - anda jawablah di Akhirat nanti - pastinya kami antara pekerja-pekerja yang akan melontarkan pelbagai tuntutan kepada anda di Padang Mashyar. Jumpa di Neraka KM.

Sabtu, 4 Ogos 2007

Hadiah RP250,000 Peraduan Teka Editor Romen Wartawan

Tawaran baik - Hadiah RP250,000 bagi mereka yang dapat meneka siapakah Editor yang dikatakan oleh pelayar blog:



1) Taming Sari said: -



Bodek x per lagi...ini aku nak suruh ko org siasat bos romen ngan staff (pompuan cantik kononnyerrr)....what the hell.... Romen..romen...dedahkan bos kaki romen...yg warak pun ada..wakakaka....



2) Private_ investigator said: -

Kawan dengor, mamat tu sorang bos di Kosmo!. pompuan tu pulak budak Kosmo! gak. ceritanya dia dulu pakwe makwe masa dia praktikal di Utusan Malaysia. Laki tu masa tu di utusan malaysia gak.

aku tau sape dia mamat yg suka romen dengan budak wartawan tu. confirm. nak tau siapa, dia salah seorang bos Kosmo! yang rajin pegi surau. klu atau cara mengenalinya ialah dia semasa duduk tahiyad awal pun sama dgn caranya dgn duduk tahiyad akhir.... (tahu tahiyad akhir tak?) pelik kan, hanya orang yang selalu pegi surau je tau dan boleh kesan. budak perempuan tu pulak pendek-pendek orang kelantan, ada rupa lah sikit. Kami memang dah lama tau cerita ni. Mamat tu selalu dating dengan minah tu. ada kwn kata dia orang pernah cuti sama2 kat Cameron Highlands. betul ke tidak tu aku tak tau.





Buat tekaan anda sekarang - RP250,000 menunggu anda

Siri 2: Tawaran Jawatan Editor di Utusan Malaysia

Tawaran baru - kepada wartawan-wartawan dan editor-editor Berita Harian, Bernama, Star, New Straits Times dan mana-mana penerbitan lain untuk jawatan di Utusan Malaysia:

Seperti kata pelawat blog, kelab_gunong_kinabalu said...
pak nujum aku nak tambah sikit jawatan editor dan petugas di bawah juga akan dikosongkan.

4)pengarang mingguan malaysia
5)pengarang pendidikan
6)pengarang agama
7)ketua pusat maklumat
8)pengurus jabatan pengarang
9)pengerusi surau utusan
10)pengerusi badan keluarga csl
11)presiden nuj-um
12)operator kantin
13)gerai eei
14)gerai makcik depan
15) balai pak guard

Paknujum juga dapat tahu bahawa seorang ANE telah melepaskan jawatan untuk ke Sinar Harian. Marilah rakan-rakan di Berita Harian, Bernama, New Straits Times, Star hantarlah permohonan anda kepada Ketua Pengembala dan Timbalan Ketua Pengembala untuk kerjaya yang cemerlang di Utusan Malaysia - pastinya dalam tempoh sekelip mata anda akan menjadi editor di Utusan Malaysia.

Khamis, 2 Ogos 2007

Siri 1: Tawaran Jawatan Editor di Utusan Malaysia

Tawaran jawatan editor di Utusan Malaysia khas untuk wartawan atau editor-editor di Berita Harian, Bernama, Star, New Straits Times dan mana-mana penerbitan lain.


Jawatan Editor Yang Akan Dikosongkan:

1. Pengarang Sukan
2. Pengarang Utusan Online
3. Pengarang Hiburan

Kesemua editor-editor tersebut kini sedang dalam proses untuk ditendang ke jawatan baru Pengarang Prosesan - jadi kami memerlukan wartawan-wartawan dan editor-editor dari penerbiatan lain bagi mengisi jawatan-jawatan yang akan dikosongkan nanti.

Tidakkah anda mahu menjadi seperti Othman Mohamad - Penolong Ketua Pengarang (1) (dulunya merupakan bekas Pengarang di Bernama di Watan (yang telah berkubur)) ; Marhaini Kamaruddin - Pengarang Berita (dulunya wartawan Berita Harian); Mustapa Kamal Basri - Pengarang Ekonomi ( dulunya wartawan dan bekas Ketua Biro Bernama dan Star); dan ramai lagi contoh-contoh wartawan dari Bernama, Berita Harian, Star, New Straits Times dan penerbitan lain berjaya menjadi editor-editor di Utusan Malaysia.

Kami tidak boleh mengambil Penolong Pengarang, Ketua-Ketua Biro, wartawan-wartawan Utusan Malaysia menjadi editor tersebut kerana mereka semua macam lembu -dicucuk hidung dan hanya tahu buat kerja.

Jika anda berminat sila hubungi KP (Ketua Pengembala) Datuk Khalid Mohd atau TKP (Timbalan Ketua Pengembala) Aziz Ishak ditalian 03-92217055 untuk ditemuduga - jangan bimbang anda pasti akan diterima menjawat jawatan tersebut - walaupun anda sebelum ini melakukan banyak kesalahan dan banyak kena saman (ikut contoh Othman, Marhaini dan Mustapa - berlambak kesalahan dilakukan paling menyayat hati story-story muka depan) - ini peluang terbaik - minta segera - jangan tunggu lama-lama.