Ahad, 16 Ogos 2009

MENGHAPUSKAN TUNGGUL MATI DI UTUSAN


Pengarah Eksekutif, Nasir Ali - inilah dia tunggul mati di dalam utusan, tunggul mati yang harus dihapuskan dalam utusan kerana ia merupakan beban kepada syarikat terutama dalam tempoh lapan tahun menjadi pengarah eksekutif tidak ada sumbangan besar kepada syarikat, apa yang tunggul mati ini lakukan ialah hanya menguruskan utusan sehinggakan syarikat kini hampir mencapai tahap bankrap.

Lapan tahun menguruskan utusan apakah yang dia lakukan.

1. Menipu pemegang saham syarikat termasuk dua pemegang saham terbesar,UMNO dan Nilam Setar (M) Sdn. Bhd. mengenai kewujudan tunai dan baki di bank sebanyak RM63.38 juta setakat 31 Disember 2007 tetapi sebenarnya Utusan tidak ada tunai di bank, ia membayar gaji dan beroperasi dari pinjaman yang dibuat daripada anak syarikat, Utusan Media dan Sales.

2. Cuba mengabungkan Utusan dengan NSTP atas alasan keupayaan pengilangan tetapi pusingan pertama telah digagalkan oleh pengarang-pengarang kanan di dalam utusan, tetapi kini idea ini diputarkan kembali dan kalau dulu pengarang-pengarang kanan menentang tetapi kali ini mereka menyambut baik idea penggabungan dengan NSTP. Tak lama lagi talkinkan lah utusan melayu.

3. Menyeleweng wang syarikat dengan membuat silap mata, kononnya membeli roll paper tetapi sebenarnya tidak ada, wang RM5 juta membeli roll paper itu di masukan ke dalam kantong sendiri dan yang terbaru Nasir Ali telah menandatangani satu cek bernilai RM3 juta dan didepositkan ke dalam akaun kroninya, apabila akaun bertanya mengenai cek tersebut, si tungul mati ini menyatakan dia salah sain cek, tapi sampai sekarang wang tersebut tidak dapat diperolehi semula dan telah lesap entah kemana.

4. Kini dalam proses menyeleweng wang syarikat, pembinaan bangunan baru dikatakan dengan kos RM50 juta sebenarnya ini adalah cara unuk tunggul mati itu untuk menyeleweng lebih banyak wang syarikat, bagaimana bangunan besi yang hanya empat tinggkat dan dengan keluasan yang kecil boleh berharga sebegitu, sdangkan China Press yang membina kilang lebih enam tingkat dan siap dengan mesin pencetakan hanya memerlukan kos pembinaan kurang dari RM50 juta.

Wahai warga utusan, sekiranya anda mahu melihat Utusan terus hidup dan pekerja terus mendapat faedah yang baik hapuskan Nasir Ali, tunggul mati ini merupakan beban kepada kita semua. hantar email anda meminta Perdana Menteri memecat tunggul mati ini di laman blog Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di http://www.1malaysia.com.my/ di bahagian contact us - hantarkan rasa tidak puas hati anda kepada PM.

Pak Nujum Masih Hidup

Hello warga Utusan, Pak Nujum masih hidup lagi, cuma menyepikan diri buat sementara waktu kerana terlalu banyak kerja nak dilaksanakan, kerja ni bukan maksudnya kerja kat Utusan je tapi kerja sendiri juga kalau tidak macam mana Pak Nujum nak tanggung keluarga dengan gaji yang kecil dan pelbagai lagi perkara lagi disekat dan ditambah pula sifat kejam majikan yang diketuai oleh Pengarah Eksekutif Utusan, Nasir Ali yang merupakan kayu mati kat Utusan itu gaji berpuluh-puluh ribu dan telah lapan tahun kat Utusan tapi satu sumbangan kepada syarikat pun tak ada yang tahu puluh betul-betul wang utusan untuk kepentingna diri sendiri.



Teruskan beri komen anda kepada blog ini, ia akan terus beroperasi seperti sedia kala.