Rabu, 21 Mac 2007

SUARAKAN BANTAHAN ANDA DALAM BLOG INI

BANTAHAN DAN ADUAN ANDA DIPERLUKAN

NUJ-UM banyak menerima rungutan-rungutan daripada ahli-ahli yang sememangnya sejak awal tahun ini telah ditindas oleh editor-editor yang tidak berperkemanusiaan. Sehubungan itu blog ini dibentuk bagi membolehkan anda menyampaikan bantahan dan aduan anda - tanpa perlu menyatakan nama dan meja atau bahagian mana anda bertugas. Tindakan perindustrian akan diambil terhadap editor-editor terbabit berdasarkan bantahan dan aduan anda.

Bantahan boleh diposkan didalam bahagian comments - pastinya kita tidak boleh berdiam diri - tindakan mesti diambil terhadap editor-editor bangang ini -

Petugas-petugas Utusan boleh melayari blog ini di alamat: http://paknujum.blogspot.com atau emailkan ke utusan.nujum@gmail.com

Terima kasih - pengendali blog

PETUGAS UTUSAN TERUS DITINDAS

PETUGAS DINAFIKAN HAK BAYARAN OT DAN DP

PETUGAS-petugas Utusan Malaysia di nafikan hak untuk mendapat bayaran kerja lebih masa dan bayaran berganda memandangkan pengurusan yang membuat bajet untuk operasi 2007 telah memutuskan bahawa pemantauan kerja lebih masa bagi setiap jabatan secara bulanan dilakukan untuk membayar kenaikan gaji para eksekutif kanan.

Maka tidak hairanlah sekarang ni, kebanyakan editor-editor kanan yang bergaji melebehi RM7,000 ke atas menekan para pekerja dengan tidak menandatangani borang-borang OT dan DP petugas-petugas yang rata-ratanya hanya bergaji RM2,500 termasuk elaun kenderaan.

Bajet 2007 UMMB - ini adalah unjuran bajet

= Pendapatan RM341.9 Juta
= Kos Operasi RM337.9 Juta.
= Keuntungan sebelum cukai - RM4.1 juta

Kos eksekutif diunjurkan meningkat sebanyak RM2.4 juta (3.2%) setelah mengambilkira purata kenaikan gaji tahunan sebanyak 7% untuk eksekutif iaitu pelarasan gaji eksekutif sebanyak RM1.4 juta

Pihak Pengurusan Telah Mencadangkan Tindakan Di Bawah Dilaksanakan bagi memastikan eksekutif kanan terus mendapat kenaikan gaji yang di unjurkan mereka sendiri.

1) Jabatan Pengeluaran bersama Jabatan Pemasaran/Pengedaran perlu mengkaji dan memantau wastage akhbar akibat kadar pulangan yang tinggi.

2) Jabatan Pemasaran/Pengedaran diminta mengambil tindakan agresif mempromosi Kosmo! pada tahun 2007 selari dengan usaha untuk meningkatkan perolehan iklan akhbar ini yang dibajetkan sebanyak RM6 juta.

3) Pemantauan kerja lebih masa bagi petugas setiap jabatan secara bulanan dilakukan