Rabu, 2009 Januari 28

Besar, Berani dan Berpengaruh - ya lah tu

Utusan kini berwajah baru - wah kembang kempis si KP dapat pujian melata kerana perubahan tersebut tapi adakah KP ada telur ke tidak sehinggakan ada seorang pembaca cadang KP beli telur di kedai kalau tak ada telur letak dalam poket kiri dan kanan serta pastikan ia tak pecah kalau tidak tak bertelur lah lagi malangnya memang KP tak ada telur tak payahlah pakai slogan Besar, Berani dan Berpengaruh kalau KP sendiri tak berhati Besar tak berfikiran Berani serta tidak Berpengaruh.

1) MEMANG KP Besar, Berani dan Berpengaruh, bayangkan Ketua Biro yang dipanggil balik kerana masalah disiplin bukan setakat itu sahaja tapi tak boleh buat kerja hanya copy dan paste dilantik menjadi NE, fuh mengamuk lah ANE yang dulu terpaksa mengedit story Ketua Biro ni yang memang bukan setakat tak reti tapi memang macam lembu terencat akal. Tengoklah sekarang datang pukul 4 ketuk sana ketuk sini tak ada buat apa ha memang betul betul lembu terencat akal - agaknya KP pun dah kena virus lembu terencat akal.

2) MEMANG KP Besar, Berani dan Berpengaruh kerana tawaran eksekutif kepada wartawan-wartawan masih lagi seperti dulu , masih mengamalkan penindasan, kenaikan gaji hanya RM200 dan ada yang telah dinaikan gred 4 dari gred 3 bermakna kenaikan tahun ini RM250 tapi malangnya ditindas gila surat tawaran eksekutif hanya dimulakan dari gred 3 - ha ha ha memang KP penindas yang besar,berani dan berpengaruh.

3) MEMANG KP Besar, Berani dan Berpengaruh - Sigap di tukar kepada WOW - fuh memang WOW lah malangnya tak ada perbezaan langsung dengan Sigap setakat tukar nama tapi isi tak ada perubahan tak payahlah tukar

Nilah gara gara KP tak ada telur tak berani nak buat perubahan total ha nasiblah apa nak jadi dengan Utusan jawabnya teruslah berjiran dengan tempat besi buruk

Rabu, 2008 Disember 24

Si Monyet dan Si Mangkuk Hayun yang sebabkan Utusan Melayu terpaksa bayar saman RM200,000

UTUSAN MELAYU tahun ini terpaksa membayar gantirugi dan saman malu sebanyak RM200,000 akibat kebodohan Pengarang Utusan Malaysia, Penolong Pengarang Utusan Malaysia, Pengarang Berita Kanan, Pengarang Berita, Penolong Pengarang Berita dan wartawan terlibat.

Utusan, bekas KP diperintah bayar RM120,000 kepada Mahfuz

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Berhad dan bekas Ketua Pengarang Kumpulannya, Datuk Khalid Mohd. membayar ganti RM120,000 kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar kerana memfitnahnya.
Utusan Melayu dan Khalid didakwa memfitnah beliau dalam artikel bertajuk `Demonstrasi-Mahfuz isytihar bersama Keadilan’ di Mingguan Malaysia pada 3 Mac 2001. – Utusan

Tahukah anda siapakah editor-editor yang membenarkan pengeluaran berita ini dan siapakah wartawan yang menulis berita ini, untuk pengetahuan ini si mangkok hayun ini dulu merupakan Ketua Biro Kedah, di panggil balik ke ibupejabat tetapi berhenti memasuki sinar dan sekarang menjilat lidah sendiri memasuki utusan semula dan kini mengetuai Ketua Biro Pahang.

Lihat berita asal yang ditulis pada tahun 2001 - wajarkah si mangkok hayun ini dibiarkan lepas oleh pihak pengurusan - apa tindakan yang harus diambil kerana membuat berita palsu.

1) Demonstrasi: Mahfuz isytihar bersama Keadilan
KUALA LUMPUR 3 Mac - Dewan Pemuda Pas Pusat hari ini menolak pendapat Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila menyokong rancangan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) menganjurkan demonstrasi jalanan di ibu kota.
Malah, Ketua Dewan Pemuda Pas, Mahfuz Omar menegaskan, pihaknya turut menyokong rancangan sekutunya itu untuk menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.
Menurut beliau, tidak ada salahnya tindakan sedemikian dilakukan sebagaimana yang berlaku di beberapa negara lain yang dikatakan mempunyai masalah kepimpinan.
``Kita bersetuju sekiranya Keadilan merancang untuk melakukan apa sahaja asalkan kerajaan yang ada sekarang dapat digulingkan,'' katanya kepada Mingguan ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Nik Aziz yang tidak bersetuju rakyat terlibat dengan demonstrasi jalanan seperti yang dianjurkan oleh Keadilan.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, selain daripada memberi ruang kepada pihak lain mengambil kesempatan, demonstrasi akan mengakibatkan rusuhan dan kacau-bilau yang menjejaskan keselamatan.
Semalam, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Hussein mendedahkan bahawa Keadilan sedang merancang untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
Pendedahan itu dibuat berdasarkan pengakuan Ketua Penerangan Keadilan, Ruslan Kassim dan Raja Petra Kamaruddin pada temu ramah dengan media asing baru-baru ini.
Mengulas lanjut mengenai tindakan Keadilan itu, Mahfuz berkata, kewujudan parti-parti pembangkang memang bertujuan menggulingkan kerajaan memerintah.

-----------------------------
2) `Kami mahu guling kerajaan' -- Ketua Pemuda Keadilan mengaku rancang demonstrasi jalanan setiap hari
KUALA LUMPUR 3 Mac - Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional (Keadilan), Ezam Mohd. Noor hari ini mengaku sedang merancang untuk melancarkan demonstrasi jalanan besar-besaran bertujuan menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
Malah beliau menegaskan, partinya akan menganjurkan demonstrasi sedemikian setiap hari, bukan setiap minggu sebagaimana yang didedahkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Hussein, kelmarin.
Menurut beliau, pihaknya sedang menunggu masa yang sesuai untuk melancarkan demonstrasi tersebut.
``Demonstrasi jalanan hanya akan terhenti apabila pemimpin kerajaan yang ada dapat digulingkan.
``Demonstrasi merupakan satu-satunya pendekatan untuk melahirkan rasa tidak puas hati rakyat kepada kepimpinan kerajaan hari ini,'' katanya kepada Mingguan ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Hishammuddin mengenai terdapat parti pembangkang yang sedang merancang untuk menganjurkan demonstrasi jalanan setiap minggu di ibu kota.
Hishammuddin berkata, demonstrasi jalanan itu sebenarnya telah bermula secara kecil-kecilan sejak minggu lalu.
Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju jika rakyat terlibat dengan demonstrasi jalanan seperti yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu.
Beliau menasihatkan rakyat supaya mengelakkan diri daripada terlibat dengan demonstrasi jalanan kerana tindakan seumpama itu memberi ruang pihak lain mengambil kesempatan.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, demonstrasi akan mencetuskan rusuhan atau kacau bilau sehingga menjejaskan keselamatan.
Kenyataan Nik Aziz itu bertentangan dengan pandangan Ketua Dewan Pemuda Pas, Mahfuz Omar yang menyokong tindakan Keadilan yang mahu menganjurkan demonstrasi tersebut.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Ezam memberitahu, ahli parti Keadilan mungkin tidak terlibat secara langsung dalam demonstrasi jalanan yang akan dianjurkan itu sebaliknya melibatkan pelajar dan golongan bawahan yang dikatakan terhimpit akibat kemiskinan.
``Kita cuma menguruskan apa yang dimahukan oleh rakyat yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan kerajaan,'' jelasnya.
Beliau menarik perhatian, adalah menjadi tanggungjawab partinya untuk membantu rakyat menuntut hak yang didakwa telah dirampas oleh kerajaan.
``Demonstrasi jalanan adalah agenda rakyat, bukan agenda Keadilan,'' tegasnya.
Oleh: YUSRI SAHAT




xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


MAHKAMAH PERINDUSTRIAN pada tahun ini pula telah mengarahkan Utusan Melayu untuk mengambil semula seorang wartawan yang telah dipecat secara salah dan mengarahkan bayaran gantirugi sebanyak RM80,000.

Tahukah anda sapakah yang bertanggungjawab menyebabkan wartawan ini dipecat, ya sapakah editor bodoh tersebut - tak lain tak bukan si Monyet, Rozaman Ismail - inilah akibat kerana mempunyai dendam peribadi - menganiyai orang dan akhirnya Utusan Melayu yang menanggung beban.

Perlukah kita menangung dosa monyet ini, adakah wajar diberikan keistimewaan sehingga menjawat jawatan Pengarang Berita dengan mendapat semua keistiewaan, adakah KP akan senyap sahaja mengenai perkara ini.

Pak Nujum percaya KP baru yang tak ada telor tu tak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap si mangkok hayun dan si monyet ini.

Rabu, 2008 Disember 03

ORANG AZIZ DAN ORANG UTAN SIRI SATU

ORANG AZIZ DAN ORANG UTAN SIRI SATU

MAKA termaktub sudah sapa Orang Aziz dan sapa Orang Utan
mereka yang jadi Orang Aziz terus dapat habuan walaupun
dunggu tidak boleh diajar pandai tidak boleh diikut tapi
yang jadi Orang Utan terus berada di dalam kandang menanti
pisang yang tak datang-datang.

ORANG AZIZ YANG DAPAT HABUAN

1. Badrul Azhar Abdul Rahman akan dinaikan pangkat Ketua
Pengarang Utusan Karya dengan keupayaan tak tahu buat apa-
apa hinggakan Kosmo semuanya dikendalikan oleh editor lain
tapi keupayaan utama ialah suka bersenda gurau dengan awek
gatal hinggakan ada skandal dengan wartawan montel.

2. Zaini Hassan akan dinaikan pangkat sebagai Penolong
Ketua Pengarang dengan keupayaan bermain politik akhirnya
menyebabkan Utusan disaman RM30 juta dan berapa banyak lagi
kos yang terpaksa ditanggung untuk Utusan membela diri
mungkin ratusan ribu kerana peguam bela yang diupah bukan
calang-calang orang.

3. Hassan Md Noor akan dinaikan pangkat sebagai Pengarang
Utusan Malaysia dengan keupayaan tak berani nak membantah
hinggakan Mingguan Malaysia hampir menjadi surat khabar
kecik, senang dibuli hinggakan Pengarang Berita Kanan
tukarkan wartawan boleh lagi bersabar menurut perintah
tegasnya.

4. Zin Mahmood akan dinaikan pangkat sebagai Pengarang
Mingguan Malaysia dengan keupayaan menurut sahaja tak
berani nak bersuara tapi kalau bab menghentam pengurusan
nombor uno namun kalau isteri bersuara terpaksa ya sahaja
sebab ada dua.

5. Baharom Mahusin akan dinaikan pangkat Pengarang Kosmo
dengan keupayaan memporak perandakan Jabatan Pengarang
Utusan Malaysia disebabkan dia ramai wartawan berhenti
kerana melihat dia seperti orang gila uruskan Meja Am macam
bapak dia punya serta gila kuasa melanggar sempadan macam
tentera Yahudi kerana fikir dia lah yang paling berkuasa.

6. Zulkefli Hamzah akan dinaikan pangkat Pengarang Berita
Kanan dengan keupayaan macam tin kosong kerana memang otak
kosong terikut-ikut semasa jadi wakil Jakarta bangun pagi
tengok surat khabar lepas tu buat berita, tengahari tengok
berita televisyen lepas tu buat berita bila jadi Pengarang
Berita tak tahu apa-apa hinggakan ciplak berita wartawan
biasa barulah dapat buat berita.

ORANG UTAN YANG TUNGGU PISANG

1. Ahmad Abdul Hamid lebih dikenali sebagai ABAH kerana
menentang semasa menjadi Ketua Pengarang Utusan Karya demi
kebaikan terus kena pindah jadi Penolong Ketua Pengarang 2
dengan tugas-tugas jaga sisipan walaupun cerdik dan mesra
tetapi terus jadi Orang Utan gembira agaknya terus dalam
kandang.

2. Mohd Noor Abdul Samad lebih dikenali dengan nama mike
sekarang ni Penolong Pengarang Kosmo buat kerja sampai kena
stroke tapi nasib baiklah tak berakhir riwayat kerana tuhan
masih kasihan tapi kerana tak tahu mengipas terpaksalah
diam lihat yang lain terus mengipas dan mengepam maka
teruslah jadi Orang Utan bertapa dalam kandang.

3. Mohd. Kamil Yusoff tak ada nama popular sekarang ni
Pengarang Utusan Melayu lebih popular sebagai akhbar jawi
kerana silap orang terus kena peram semasa zaman si botak
hitam tapi kerana sikap memang baik punya terus-terus jadi
Orang Utan kena peram dalam kandang.

Sabtu, 2008 November 29

MARUAH UTUSAN MALAYSIA

TAHNIAH kepada Aziz Ishak dan Othman Mohamad kerana dilantik menjadi KP dan TKP , malangnya apakah yang akan terjadi kepada Utusan Melayu ini sekirannya kedua-dua bos besar tidak ada telor dan maruah.

Ini persoalan maruah akhbar Utusan Malaysia - bagaimana kedua-dua bos yang baru ini boleh membiarkan maruah akhbar yang mempertahankan orang Melayu boleh membiarkan orang luar memberi arahan untuk menetapkan untuk mengeluarkan satu-satu berita dan tidak menyiarkan berita-berita tertentu.

Bayangkan seorang ahli politik boleh mengarahkan agar beritanya dikeluarkan - walaupun tidak ada merit tetapi mahukan dikeluarkan - maka keluarlah arahan mahu berita itu dikeluarkan walaupun tidak ada apa yang baru hendak ditulis - paling menyedihkan diarahkan pula membuat susulan memandangkan berita yang diberi itu tidak ada nilai-nilai berita untuk memastikan berita itu dikeluarkan malahan paling menyedihkan bos-bos bawahan pun memang tak ada telor - mengikut tanpa batahan - persoalannya kemana arah Utusan Malaysia hendak dibawa - ingatkan bila si mamak tidak ada dan si melayu mengambil alih - akan ada maruah lah akhbar ini tetapi nampaknya semakin teruk dibuatnya.

Berdoalah sahaja ke hadrat Allah s.w.t untuk meyelamatkan Utusan Malaysia, bacalah doa ini untuk pelindungan diri:-

``Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Tuhanku, selamatkan lah aku dari orang-orang yang zalim itu'' (Al Qashash Ayat 21)




p/s: pak nujum baru beroperasi - pak nujum lama dah lama tukar tempat kerja -

Khamis, 2007 Ogos 30

Tahniah KM 10 TAHUN JADI KP

Tahun depan genaplah 10 tahun KM jadi KP (Ketua Pengembala) - tahniah kepada anda kerana berjaya menjadikan Utusan ?????????????????.

1. Porak-peranda:
Berikutan pemberhentian kira-kira 40 wartawan, penolong pengarang dan pengarang serta kini bergelut dengan kekurangan wartawan berkebolehan - yang tinggal mengendalikan Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia hanya pengarang-pengarang yang `Yes Sir' , penakut dan tidak tahu apa yang hendak ditulis.

2. Edaran akhbar merosot:
Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia yang dulunya akhbar paling tinggi jualan dengan Utusan Malaysia mencecah 350,000 naskah kini hanya tinggal 180,000 naskah dan Mingguan Malaysia yang dulunya mencecah pengedaran 650,000 kini hanya tinggal 350,000.

3. Paling Dibenci Orang Melayu:
Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia kini tidak lagi menjadi pilihan orang-orang Melayu kerana ia tidak mempunyai aspirasi akhbar orang Melayu.

Anda akan mencapai usia 55 tahun pada tahun depan - persoalannya adakah anda akan menyambung kontrak anda sendiri untuk menjadikan anda KP yang paling lama berkhidmat. Nampaknya anda telah memulakan lobi-lobi untuk mendapatkan belas ehsan dari Perdana Menteri dan Budak-budak Tingkat 4 bagi membolehkan anda menyambung perkhidmatan anda sebagai KP . Teruskan melobi kami pasti anda akan berjaya menyambung kontrak - tapi ingatlah bahawa setiap apa yang anda lakukan semasa menjadi KP - anda jawablah di Akhirat nanti - pastinya kami antara pekerja-pekerja yang akan melontarkan pelbagai tuntutan kepada anda di Padang Mashyar. Jumpa di Neraka KM.

Sabtu, 2007 Ogos 04

Hadiah RP250,000 Peraduan Teka Editor Romen Wartawan

Tawaran baik - Hadiah RP250,000 bagi mereka yang dapat meneka siapakah Editor yang dikatakan oleh pelayar blog:



1) Taming Sari said: -



Bodek x per lagi...ini aku nak suruh ko org siasat bos romen ngan staff (pompuan cantik kononnyerrr)....what the hell.... Romen..romen...dedahkan bos kaki romen...yg warak pun ada..wakakaka....



2) Private_ investigator said: -

Kawan dengor, mamat tu sorang bos di Kosmo!. pompuan tu pulak budak Kosmo! gak. ceritanya dia dulu pakwe makwe masa dia praktikal di Utusan Malaysia. Laki tu masa tu di utusan malaysia gak.

aku tau sape dia mamat yg suka romen dengan budak wartawan tu. confirm. nak tau siapa, dia salah seorang bos Kosmo! yang rajin pegi surau. klu atau cara mengenalinya ialah dia semasa duduk tahiyad awal pun sama dgn caranya dgn duduk tahiyad akhir.... (tahu tahiyad akhir tak?) pelik kan, hanya orang yang selalu pegi surau je tau dan boleh kesan. budak perempuan tu pulak pendek-pendek orang kelantan, ada rupa lah sikit. Kami memang dah lama tau cerita ni. Mamat tu selalu dating dengan minah tu. ada kwn kata dia orang pernah cuti sama2 kat Cameron Highlands. betul ke tidak tu aku tak tau.





Buat tekaan anda sekarang - RP250,000 menunggu anda

Siri 2: Tawaran Jawatan Editor di Utusan Malaysia

Tawaran baru - kepada wartawan-wartawan dan editor-editor Berita Harian, Bernama, Star, New Straits Times dan mana-mana penerbitan lain untuk jawatan di Utusan Malaysia:

Seperti kata pelawat blog, kelab_gunong_kinabalu said...
pak nujum aku nak tambah sikit jawatan editor dan petugas di bawah juga akan dikosongkan.

4)pengarang mingguan malaysia
5)pengarang pendidikan
6)pengarang agama
7)ketua pusat maklumat
8)pengurus jabatan pengarang
9)pengerusi surau utusan
10)pengerusi badan keluarga csl
11)presiden nuj-um
12)operator kantin
13)gerai eei
14)gerai makcik depan
15) balai pak guard

Paknujum juga dapat tahu bahawa seorang ANE telah melepaskan jawatan untuk ke Sinar Harian. Marilah rakan-rakan di Berita Harian, Bernama, New Straits Times, Star hantarlah permohonan anda kepada Ketua Pengembala dan Timbalan Ketua Pengembala untuk kerjaya yang cemerlang di Utusan Malaysia - pastinya dalam tempoh sekelip mata anda akan menjadi editor di Utusan Malaysia.