Selasa, 23 Disember 2008

Si Monyet dan Si Mangkuk Hayun yang sebabkan Utusan Melayu terpaksa bayar saman RM200,000

UTUSAN MELAYU tahun ini terpaksa membayar gantirugi dan saman malu sebanyak RM200,000 akibat kebodohan Pengarang Utusan Malaysia, Penolong Pengarang Utusan Malaysia, Pengarang Berita Kanan, Pengarang Berita, Penolong Pengarang Berita dan wartawan terlibat.

Utusan, bekas KP diperintah bayar RM120,000 kepada Mahfuz

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Berhad dan bekas Ketua Pengarang Kumpulannya, Datuk Khalid Mohd. membayar ganti RM120,000 kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar kerana memfitnahnya.
Utusan Melayu dan Khalid didakwa memfitnah beliau dalam artikel bertajuk `Demonstrasi-Mahfuz isytihar bersama Keadilan’ di Mingguan Malaysia pada 3 Mac 2001. – Utusan

Tahukah anda siapakah editor-editor yang membenarkan pengeluaran berita ini dan siapakah wartawan yang menulis berita ini, untuk pengetahuan ini si mangkok hayun ini dulu merupakan Ketua Biro Kedah, di panggil balik ke ibupejabat tetapi berhenti memasuki sinar dan sekarang menjilat lidah sendiri memasuki utusan semula dan kini mengetuai Ketua Biro Pahang.

Lihat berita asal yang ditulis pada tahun 2001 - wajarkah si mangkok hayun ini dibiarkan lepas oleh pihak pengurusan - apa tindakan yang harus diambil kerana membuat berita palsu.

1) Demonstrasi: Mahfuz isytihar bersama Keadilan
KUALA LUMPUR 3 Mac - Dewan Pemuda Pas Pusat hari ini menolak pendapat Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila menyokong rancangan Parti Keadilan Nasional (Keadilan) menganjurkan demonstrasi jalanan di ibu kota.
Malah, Ketua Dewan Pemuda Pas, Mahfuz Omar menegaskan, pihaknya turut menyokong rancangan sekutunya itu untuk menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.
Menurut beliau, tidak ada salahnya tindakan sedemikian dilakukan sebagaimana yang berlaku di beberapa negara lain yang dikatakan mempunyai masalah kepimpinan.
``Kita bersetuju sekiranya Keadilan merancang untuk melakukan apa sahaja asalkan kerajaan yang ada sekarang dapat digulingkan,'' katanya kepada Mingguan ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Nik Aziz yang tidak bersetuju rakyat terlibat dengan demonstrasi jalanan seperti yang dianjurkan oleh Keadilan.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, selain daripada memberi ruang kepada pihak lain mengambil kesempatan, demonstrasi akan mengakibatkan rusuhan dan kacau-bilau yang menjejaskan keselamatan.
Semalam, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Hussein mendedahkan bahawa Keadilan sedang merancang untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
Pendedahan itu dibuat berdasarkan pengakuan Ketua Penerangan Keadilan, Ruslan Kassim dan Raja Petra Kamaruddin pada temu ramah dengan media asing baru-baru ini.
Mengulas lanjut mengenai tindakan Keadilan itu, Mahfuz berkata, kewujudan parti-parti pembangkang memang bertujuan menggulingkan kerajaan memerintah.

-----------------------------
2) `Kami mahu guling kerajaan' -- Ketua Pemuda Keadilan mengaku rancang demonstrasi jalanan setiap hari
KUALA LUMPUR 3 Mac - Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional (Keadilan), Ezam Mohd. Noor hari ini mengaku sedang merancang untuk melancarkan demonstrasi jalanan besar-besaran bertujuan menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat.
Malah beliau menegaskan, partinya akan menganjurkan demonstrasi sedemikian setiap hari, bukan setiap minggu sebagaimana yang didedahkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Hussein, kelmarin.
Menurut beliau, pihaknya sedang menunggu masa yang sesuai untuk melancarkan demonstrasi tersebut.
``Demonstrasi jalanan hanya akan terhenti apabila pemimpin kerajaan yang ada dapat digulingkan.
``Demonstrasi merupakan satu-satunya pendekatan untuk melahirkan rasa tidak puas hati rakyat kepada kepimpinan kerajaan hari ini,'' katanya kepada Mingguan ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Hishammuddin mengenai terdapat parti pembangkang yang sedang merancang untuk menganjurkan demonstrasi jalanan setiap minggu di ibu kota.
Hishammuddin berkata, demonstrasi jalanan itu sebenarnya telah bermula secara kecil-kecilan sejak minggu lalu.
Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju jika rakyat terlibat dengan demonstrasi jalanan seperti yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu.
Beliau menasihatkan rakyat supaya mengelakkan diri daripada terlibat dengan demonstrasi jalanan kerana tindakan seumpama itu memberi ruang pihak lain mengambil kesempatan.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, demonstrasi akan mencetuskan rusuhan atau kacau bilau sehingga menjejaskan keselamatan.
Kenyataan Nik Aziz itu bertentangan dengan pandangan Ketua Dewan Pemuda Pas, Mahfuz Omar yang menyokong tindakan Keadilan yang mahu menganjurkan demonstrasi tersebut.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Ezam memberitahu, ahli parti Keadilan mungkin tidak terlibat secara langsung dalam demonstrasi jalanan yang akan dianjurkan itu sebaliknya melibatkan pelajar dan golongan bawahan yang dikatakan terhimpit akibat kemiskinan.
``Kita cuma menguruskan apa yang dimahukan oleh rakyat yang tidak berpuas hati dengan pemerintahan kerajaan,'' jelasnya.
Beliau menarik perhatian, adalah menjadi tanggungjawab partinya untuk membantu rakyat menuntut hak yang didakwa telah dirampas oleh kerajaan.
``Demonstrasi jalanan adalah agenda rakyat, bukan agenda Keadilan,'' tegasnya.
Oleh: YUSRI SAHAT




xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


MAHKAMAH PERINDUSTRIAN pada tahun ini pula telah mengarahkan Utusan Melayu untuk mengambil semula seorang wartawan yang telah dipecat secara salah dan mengarahkan bayaran gantirugi sebanyak RM80,000.

Tahukah anda sapakah yang bertanggungjawab menyebabkan wartawan ini dipecat, ya sapakah editor bodoh tersebut - tak lain tak bukan si Monyet, Rozaman Ismail - inilah akibat kerana mempunyai dendam peribadi - menganiyai orang dan akhirnya Utusan Melayu yang menanggung beban.

Perlukah kita menangung dosa monyet ini, adakah wajar diberikan keistimewaan sehingga menjawat jawatan Pengarang Berita dengan mendapat semua keistiewaan, adakah KP akan senyap sahaja mengenai perkara ini.

Pak Nujum percaya KP baru yang tak ada telor tu tak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap si mangkok hayun dan si monyet ini.

4 ulasan:

Awanama berkata...

Banyak creta ghopanya Utusan ni nooo.
Tak padan dgn opis purba tepi kedai besi burok dok bekelai tak sangga.

Dah tu akai banyak pulak - bayaq gaji kecik, suruh keja seghupa lembu. Lembu pun ada time rileks la.

NE punya la ramai - dok bekawat sana bekawat sini tak dak keja - yang teruk reporter dua tiga kerat yang gaji ciput.

Dah la revenue taen ni sikit - kena saman pulak - saheh rekod kerugian... tak tau la MD hangpa nak juai anak syarikat atau property mana, nak cover balik.

Nak tunggu Syed Mokhtar, jgn harap la.. dia tu pun tak dak modal dah.. nak juai PTP untuk bayaq Senai Airport pun kwsp & PNB tak mau beli.. nak juai IPP Malakoff pun TNB tak mau beli...

Cuba hangpa try juai bulu hangpa.. mana tau kot2 laku...

Awanama berkata...

NUJUM! NUJUM! NUJUM!

Kami wartawan2 baru dahagakan maklumat mengenai konspirasi, favouritisme dan hipokrasi utusan...

Hidup pak nujum kerana membuka mata kami semua demi masa depan kita semua!

Awanama berkata...

Pak Nujum

Betul ke KP baru tak ada telur? Telur banyak kat kedai, tapi mahal sikit lah sekarang ini. Kalau tak ada telur, minta KP pakai telur ayam. Sebiji letak kat poket kanan, sebiji poket kiri.

Awanama berkata...

Brother,

Siapakah bekas Menteri yang sibuk nak bertanding untuk jawatan naib presiden Umno, tetapi sedang bercuti di Bahamas sekarang ni?

Pemimpin-pemimpin Umno lain sedang sibuk berkempen untuk Calon Barisan Nasional menjelang pilihanraya kecil Kuala Terengganu Sabtu ini, tetapi bekas Menteri ni sedang bersantai dengan ahli-ahli keluarganya di Kepulauan Bahamas yang memang terkenal sebagai destinasi pelancongan.

Yang lain sibuk berkempen siang-malam, sipolan ini sedang menikmati angin sepoi-sepoi bahasa di tepi pantai. Alangkah bahagianya hidup.

Perwakilan Umno patut menolak pemimpin seperti ini. Sudah banyak sangat kes sipolan ini. Batu dan kayu sahaja yang sipolan ini tak makan, yang lain habis dimentedarah...

Pantun untuk Dato' Seri Najib:

Bercerai sudah bertalak sudah
kasih sayang ditelan waktu
Mencuri sudah, meraba sudah
Takkan nak simpan sipolan begitu.

January 13, 2009 1:43 AM