Rabu, 11 November 2009

Penyamun Besar Di Utusan Melayu Berhad


Pengarah Eksekutif Utusan Melayu, Nasir Ali Penyamun Besar


ULASAN ini dikirimkan oleh pembaca kepada Pak Nujum dan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan bahawa selama ini apa yang dikatakan oleh Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia Cawangan Utusan Melayu adalah benar mengenai Tunggul Mati di Utusan Melayu yang juga Pengarah Eksekutif Utusan Melayu, Mohd. Nasir Ali yang merupakan penyamun besar.


Pembaca ini menyatakan:

1. Emm...rasanya cek RM3 juta tu kalau nak released perlukan 2 singnature, bukan En. Nasir seorang jer yg sign. Tak perlu risau sebab Auditor pasti akan dapat spot mana2 traksaksi palsu.

Memang benar bahawa di Utusan Melayu untuk mengeluarkan cek memerlukan dua orang menandatangani cek tersebut iaitu penyamun besar, Mohd. Nasir Ali dan Ketua Pegawai Kewangan Utusan Melayu, Wan Nor Asmah dan kedua-dua orang ini merupakan rakan setugas di Bank Bumiputra Malaysia Berhad (BBMB) yang telah terkubur kerana pegawai-pegawai BBMB banyak menyamun duit bank tersebut dan perkara yang sama juga di bawa oleh Mohd. Nasir Ali dan Wan Nor Asmah ini kerana mereka membawa budaya dari bank tersebut, masalahnya auditor dalamannya juga adalah dari BBMB jadi mereka ini memang bersekongkol untuk menyamun duit syarikat.

------------------------------------------------------------------------------------------------

2. Ikut logik, pembelian roll paper tu memang wujud sebab itu Kosmo masih tetap kekal pada harga RM1 berbanding akhbar2 lain.

Kalau roll paper itu ada dan digunakan untuk mencetak Kosmo, mengapa pengurusan syarikat membuat laporan polis mengenai kehilangan roll paper di Kilang Pencetakan Seberang Perai, dan ini membuktikan bahawa Mohd. Nasir Ali merupakan penyamun besar di Utusan Melayu, cara terbaik untuk menyamun duit syarikat ialah dengan membuat laporan palsu kepada pihak polis agar pembelian roll paper dapat dibeli maka dapatlah menyamun duit syarikat lagi kerana dapat komisyen, lepas ni buat laporan lagi mengenai kehilangan roll paper maka, dapat lah lagi beli yang baru maka dapatlah komisyen dan ini lah cara halus Mohd. Nasir Ali menyamun duit dari syarikat.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

3. Tunai di Bank...mana2 syarikat pun aliran tunai dibank dengan di atas kertas akaun syarikat takkan sama sebab ada banyak cek tetunggak yang diterima drpd supplier dan telah dikemaskini dalam sistem akuan bagi Penyata Bulanan.

Kenyataan ini mengesahkan bahawa Mohd. Nasir Ali telah menyamun banyak duit syarikat dengan membuat pengisytiharan palsu, menyatakan bahawa di dalam bank ada berpuluh-puluh juta tetapi sebenarnya ia hanya di atas kertas sahaja bagi mengelabui mata pemilik syarikat, UMNO, pemegang-pemegang saham minoriti dan ahli lembaga pengarah syarikat kerana mereka boleh mengisytiharkan kedudukan tunai syarikat sesuka hati tanpa perlu rasa bimbang akan dikesan menyamun duit syarikat dengan alasan membayar kepada pembekal sebab itu lah duit tunai syarikat di dalam bank tidak sama di atas akaun, ini membuktikan bahawa berapa banyak Mohd. Nasir Ali telah menyamun duit syarikat.

------------------------------------------------------------------------------------------------

4. Mungkin ada logiknya pembinaan bangunan Korporat Utusan berharga RM50 juta sebab ia akan menempatkan hampir semua anak syarikat di bawah satu bumbung. Hiasan dalaman yang boleh memuatkan kesemua petugas2 memerlukan dekorasi yang terbaik, pasti tenaga profesional mengenakan caj yg tinggi untuk urusan dekorasi belum lagi termasuk bayaran kepada kontraktor pembinaan.

Fakta ini jelas bahawa Mohd. Nasir Ali memang penyamun dan dengan melantik pereka hiasan dalaman maka boleh menyamun lebih banyak wang syarikat, apa perlunya syarikat melantik pereka hiasan dalaman, adakah pejabat ini untuk Perdana Menteri ke, Perdana Menteri pun tak perlukan pereka hiasan dalaman untuk mengubah suai pejabatnya cukup dengan apa yang ada, sebenarnya inilah cara paling halus untuk menyamun duit syarikat.



SAMUN SAMUN LAH DUIT SYARIKAT BANYAK-BANYAK MOHD. NASIR ALI, ADAKAH ANDA MERASA AKAN HIDUP SELAMA-LAMANYA, INGAT BALASAN TUHAN DI AKHIRAT KELAK KERANA MENYAMUN DUIT SYARIKAT, MENINDAS PEKERJA DAN MENAFIKAN HAK PEKERJA UNTUK MENJALANI KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK DENGAN MENAFIKAN HAK MEREKA UNTUK MENIKMATI KENAIKAN GAJI DAN MENIKMATI FAEDAH PERUBATAN YANG BAIK, SAMUN SAMUN LAH BANYAK BANYAK








1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuduhan keji yang dilempar. Sayangnya ilmu dan kudrat memulakan pencarian rezeki halal, tetapi dilacurkan atas nama PERJUANGAN NUJ. Disaat rakan sepejabat mengetuk papan kekunci menzahirkan kerja, anda mengisi dengan menabur fitnah jijik.

Kalaulah ada cek $3 juta itu wujud, sudahkan dibuat laporan ke SPRM dan Polis? Harap dedahkan kepada umum, ramai lagi yang ingin tahu.

Kes kehilangan kertas cetak, harap pergi temui Pegawai Penyiasat (IO) di IPD Seberang Jaya. Dapatkan fakta, bezakan fitnah dan cakap dengar. Ya, ada laporan polis dibuat, tapi apakah anda tahu butir atau sekadar baca laporan akhbar di NSTP? Jangan2 kertas cetak tak hilang, dan anda di NUJ 'hilang' kredibiliti.

Laporan Kewangan, Kunci Kira-Kira. Huh! Izinkan saya hantarkan pelajar Tingkatan Lima untuk ajarkan interpretasi kepada anda di NUJ. Namun harap bersabar dihujung Nov 09, mereka belum tamat peperiksaan SPM.

Pejabat korporat belum nampak, NUJ dah melalak dan menyalak isu RM50 juta. Bila hendak dibina, dikecam. Bila tak bina, dikata kejam. Tak betah berkerja kalau berpejabat kosnya rendah dan boleh rebah.

Tun M membina Putrajaya yang 'penuh' kontroversi. Itulah mercutanda yang boleh lihat dari udara sebelum mendarat di KLIA.

Serangan dan pembunuhan karekter NUJ sudah tiada relevan. Jadilah pertubuhan yang disegani bukan dicaci ahli dan rakan sebumbung.

Jangan fikir anda sahaja yang bersolat 5 waktu mengadap Allah Yang Maha Mengetahui. Jika anda memulakan kerja dengan Bismillah, kami juga mengakhirkan tugas dengan Alhamdulillah.

Jangan fikir keselesaan hari ini, menjanjikan kebahagiaan masa depan. Kalau majikan membataskan faedah tertentu, carilah majikan yang lebih sempurna.

Cakap dan sindiran PM kpd CUEPECS selepas Bajet 2010, sepatutnya juga bertempias kpd kita termasuk anda di NUJ.

Ukur baju, ikut badan sendiri. Apahal nak ikut jiran sebelah? Fikirlah.

Teruskan berkarya untuk mencari rezeki halal.

Renungilah ini. Elok2 petik kata2 Ahli Politik, jangan hingga kena saman. Hati2 bila keluarkan berita, ada Konglomerat yang tarik komitmen jutaan ringgit, dek tajuk dan berita yang menikam. Sudahkan kerja cepat, agar akhbar masuk pasaran lebih awal dari pesaing. Kurangkan lepak dan minum dikaki lima pejabat. Rehat ikut waktu dan bila perlu.

Siapa saya tidak penting, tapi jika NUJ hendak tabur pasir, taburkan saja dalam periuk sendiri. Akhir khidmat kepala NUJ, masih merayu. Tak ramai tahu. Anda?

Insya Allah, Utusan itu Keramat orang Melayu.