Jumaat, 28 November 2008

MARUAH UTUSAN MALAYSIA

TAHNIAH kepada Aziz Ishak dan Othman Mohamad kerana dilantik menjadi KP dan TKP , malangnya apakah yang akan terjadi kepada Utusan Melayu ini sekirannya kedua-dua bos besar tidak ada telor dan maruah.

Ini persoalan maruah akhbar Utusan Malaysia - bagaimana kedua-dua bos yang baru ini boleh membiarkan maruah akhbar yang mempertahankan orang Melayu boleh membiarkan orang luar memberi arahan untuk menetapkan untuk mengeluarkan satu-satu berita dan tidak menyiarkan berita-berita tertentu.

Bayangkan seorang ahli politik boleh mengarahkan agar beritanya dikeluarkan - walaupun tidak ada merit tetapi mahukan dikeluarkan - maka keluarlah arahan mahu berita itu dikeluarkan walaupun tidak ada apa yang baru hendak ditulis - paling menyedihkan diarahkan pula membuat susulan memandangkan berita yang diberi itu tidak ada nilai-nilai berita untuk memastikan berita itu dikeluarkan malahan paling menyedihkan bos-bos bawahan pun memang tak ada telor - mengikut tanpa batahan - persoalannya kemana arah Utusan Malaysia hendak dibawa - ingatkan bila si mamak tidak ada dan si melayu mengambil alih - akan ada maruah lah akhbar ini tetapi nampaknya semakin teruk dibuatnya.

Berdoalah sahaja ke hadrat Allah s.w.t untuk meyelamatkan Utusan Malaysia, bacalah doa ini untuk pelindungan diri:-

``Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Tuhanku, selamatkan lah aku dari orang-orang yang zalim itu'' (Al Qashash Ayat 21)




p/s: pak nujum baru beroperasi - pak nujum lama dah lama tukar tempat kerja -