Ahad, 15 November 2009

PENYAMUN BESAR DI UTUSAN MELAYU JUGA PENYAMUN BESAR THE NOMAD GROUP




PENYAMUN BESAR DI UTUSAN MELAYU JUGA PENYAMUN BESAR DI THE NOMAD GROUP




TUNGGUL MATI yang juga penyamun besar di Utusan Melayu, Mohd. Nasir Ali sebenarnya juga adalah penyamun besar di syarikat The Nomad Group Berhad yang dulunya dikenali sebagai KUALA LUMPUR CITY CORPORATION BERHAD (KLCCB) .



Mohd. Nasir Ali telah menjadi pengarah di The Nomad Group atau dulunya KLCCB sejak 5 Ogos 1998 dan telah dilantik sebagai Pengerusi pada 1 Januari 2002 serta merupakan anggota Jawantakuasa Nominee dan Jawatankuasa Audit, amatlah penting serta besarnya kuasa penyamun ini.



Di Utusan Melayu, Mohd. Nasir Ali ini bukan sahaja Pengarah Eksekutif Kumpulan tetapi juga mendapat gaji besar dari anak-anak syarikat iaitu di Utusan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Utusan Media Sales Sdn Bhd, Perfisio Solutions Sdn Bhd, Utusan Karya Sdn Bhd and Swan Malaysia Sdn Bhd.



Sebagai Pengerusi di The Nomad Group, Mohd.Nasir Ali juga menyamun duit syarikat sehingga sekarang syarikat itu mengalami kerugian besar sejak menjual kepentingan syarikat dalam perniagaan sekuriti (pengurusan saham) dan beralih sepenuhnya kepada perniagaan dalam menawarkan penyewaan untuk pejabat korporat dan apartmen khidmat.



Sepanjang menerajui Kumpulan The Nomad, syarikat itu hanya mencatatkan keuntungan antara RM2 juta hingga RM5 juta walaupun syarikat tersenarai di Bursa Malaysia namun pada tahun lepas semuanya hacur apabila syarikat itu mengalami kerugian besar.



The Nomad Group juga mengalami nasib seperti Utusan Melayu dimana syarikat gagal untuk mencatatkan keuntungan yang menyebabkan pekerja ditindas agar dapat mengawal kos pengurusan tetapi gaji-gaji eksekutif terutama di pejabat korporat terus meningkat dengan semuanya kini merupakan Pengurus Besar Kumpulan dengan gaji poko sehingga RM11,000 dan elaun kenderaan sebanyak RM2,000 disamping pelbagai lagi faedah dan semuanya ini di curi dari pekerja-pekerja biasa yang hanya menerima gaji antara RM1,000 sehingga RM2,000 sahaja, sama besar dengan jumlah elaun kenderaan yang diterima oleh para eksekutif.



The Nomad Group untuk tahun kedua berturut-turut di mana pada tahun lepas ia mencatatkan kerugian sebanyak RM5.9 juta dan pada tahun 2009 untuk enam bulan pertama telah mencatatkan kerugian sebanyak RM285,000 dan dijangkakan sehingga akhir tahun ini akan mencatatkan kerugian yang hampir sama iaitu RM5 juta.


Namun bagi mengelakkan perkara ini berlaku Mohd. Nasir Ali yang merupakan Pengerusi The Nomad Group telah merancang untuk menyamun dari Utusan Melayu dengan memberikan kerja-kerja rekaan dalaman kepada The Nomad Group bagi memastikan syarikat itu tidak akan mencatatkan kerugian untuk tahun ketiga berturut-turut iaitu pada tahun 2010.


Atas perkara itulah, Bangunan Korporat Utusan Melayu dibina dengan tergesa-gesa di mana harga pembinaan termasuk rekaan dalaman sebanyak RM50 juta, difahamkan kontrak untuk rekaan dalaman bernilai RM10 juta dan mencukupi untuk memastikan The Nomad Group mencatatkan keuntungan sebanyak RM5 juta pada tahun 2010, maka Mohd. Nasir Ali akan dianggap hero oleh pemilik saham serta kakitangan di The Nomad Group.




Tindakan tidak beretika Mohd. Nasir Ali ini menyebabkan Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif The Nomad Group iaitu Hew Thin Chay tidak mahu menyambung kontrak beliau yang telah tamat pada 31 Oktober lepas walaupun telah bersama-sama dengan Kumpulan The Nomad hampir 10 tahun.



Malang bagi pemilik saham dan kakitangan Kumpulan Utusan Melayu yang masih tidak menyedari niat sebenar Mohd. Nasir Ali untuk menyamun duit syarikat, perbelanjaan mewah untuk membina Bangunan Korporat Utusan Melayu akan meletakkan syarikat dalam keadaan kewangan yang merbahaya dan pada masa ini hutang syarikat dengan bank telah mencecah sehingga RM250 juta.


Tahukah anda bahawa Bangunan Sri Utusan di Bangi dan Bangunan Kilang Seberang Prai dicagarkan kepada pihak bank untuk mendapatkan pinjaman, dan sekiranya syarikat gagal untuk membayar hutang RM250 juta itu akan menyebabkan aset-aset Utusan Melayu ini dilelong oleh pihak bank dan syarikat boleh di isytiharkan muflis maka tamatlah riwayat syarikat keramat orang Melayu ini hasil tindakan seorang penyamun besar bernama Mohd. Nasir Ali.



Adakah Utusan Melayu, syarikat keramat orang Melayu ini mampu wujud 70 tahun lagi dengan adanya penyamun besar, Mohd. Nasir Ali di dalam syarikat. Buatlah kesimpulan anda sendiri.


(Postin Akan Datang: Siapa Mohd. Nasir Ali dalam dunia perniagaan sebenarnya)

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jangan suka mengulas sekiranya tiada bukti kukuh yang boleh dijadikan bukti. jangan terlalu senang mengandai jika tiada bahan yang boleh disandarkan. manusia boleh berkata, tapi manusia lain yang menanggung rasa. rasanya anda tidak bekerja dalam mana-mana syarikat yang anda sebutkan...jadi jangan andaikan perkara yang anda sendiri TIDAK PASTI!!!