Rabu, 29 Ogos 2007

Tahniah KM 10 TAHUN JADI KP

Tahun depan genaplah 10 tahun KM jadi KP (Ketua Pengembala) - tahniah kepada anda kerana berjaya menjadikan Utusan ?????????????????.

1. Porak-peranda:
Berikutan pemberhentian kira-kira 40 wartawan, penolong pengarang dan pengarang serta kini bergelut dengan kekurangan wartawan berkebolehan - yang tinggal mengendalikan Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia hanya pengarang-pengarang yang `Yes Sir' , penakut dan tidak tahu apa yang hendak ditulis.

2. Edaran akhbar merosot:
Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia yang dulunya akhbar paling tinggi jualan dengan Utusan Malaysia mencecah 350,000 naskah kini hanya tinggal 180,000 naskah dan Mingguan Malaysia yang dulunya mencecah pengedaran 650,000 kini hanya tinggal 350,000.

3. Paling Dibenci Orang Melayu:
Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia kini tidak lagi menjadi pilihan orang-orang Melayu kerana ia tidak mempunyai aspirasi akhbar orang Melayu.

Anda akan mencapai usia 55 tahun pada tahun depan - persoalannya adakah anda akan menyambung kontrak anda sendiri untuk menjadikan anda KP yang paling lama berkhidmat. Nampaknya anda telah memulakan lobi-lobi untuk mendapatkan belas ehsan dari Perdana Menteri dan Budak-budak Tingkat 4 bagi membolehkan anda menyambung perkhidmatan anda sebagai KP . Teruskan melobi kami pasti anda akan berjaya menyambung kontrak - tapi ingatlah bahawa setiap apa yang anda lakukan semasa menjadi KP - anda jawablah di Akhirat nanti - pastinya kami antara pekerja-pekerja yang akan melontarkan pelbagai tuntutan kepada anda di Padang Mashyar. Jumpa di Neraka KM.

Sabtu, 4 Ogos 2007

Hadiah RP250,000 Peraduan Teka Editor Romen Wartawan

Tawaran baik - Hadiah RP250,000 bagi mereka yang dapat meneka siapakah Editor yang dikatakan oleh pelayar blog:



1) Taming Sari said: -



Bodek x per lagi...ini aku nak suruh ko org siasat bos romen ngan staff (pompuan cantik kononnyerrr)....what the hell.... Romen..romen...dedahkan bos kaki romen...yg warak pun ada..wakakaka....



2) Private_ investigator said: -

Kawan dengor, mamat tu sorang bos di Kosmo!. pompuan tu pulak budak Kosmo! gak. ceritanya dia dulu pakwe makwe masa dia praktikal di Utusan Malaysia. Laki tu masa tu di utusan malaysia gak.

aku tau sape dia mamat yg suka romen dengan budak wartawan tu. confirm. nak tau siapa, dia salah seorang bos Kosmo! yang rajin pegi surau. klu atau cara mengenalinya ialah dia semasa duduk tahiyad awal pun sama dgn caranya dgn duduk tahiyad akhir.... (tahu tahiyad akhir tak?) pelik kan, hanya orang yang selalu pegi surau je tau dan boleh kesan. budak perempuan tu pulak pendek-pendek orang kelantan, ada rupa lah sikit. Kami memang dah lama tau cerita ni. Mamat tu selalu dating dengan minah tu. ada kwn kata dia orang pernah cuti sama2 kat Cameron Highlands. betul ke tidak tu aku tak tau.





Buat tekaan anda sekarang - RP250,000 menunggu anda

Siri 2: Tawaran Jawatan Editor di Utusan Malaysia

Tawaran baru - kepada wartawan-wartawan dan editor-editor Berita Harian, Bernama, Star, New Straits Times dan mana-mana penerbitan lain untuk jawatan di Utusan Malaysia:

Seperti kata pelawat blog, kelab_gunong_kinabalu said...
pak nujum aku nak tambah sikit jawatan editor dan petugas di bawah juga akan dikosongkan.

4)pengarang mingguan malaysia
5)pengarang pendidikan
6)pengarang agama
7)ketua pusat maklumat
8)pengurus jabatan pengarang
9)pengerusi surau utusan
10)pengerusi badan keluarga csl
11)presiden nuj-um
12)operator kantin
13)gerai eei
14)gerai makcik depan
15) balai pak guard

Paknujum juga dapat tahu bahawa seorang ANE telah melepaskan jawatan untuk ke Sinar Harian. Marilah rakan-rakan di Berita Harian, Bernama, New Straits Times, Star hantarlah permohonan anda kepada Ketua Pengembala dan Timbalan Ketua Pengembala untuk kerjaya yang cemerlang di Utusan Malaysia - pastinya dalam tempoh sekelip mata anda akan menjadi editor di Utusan Malaysia.

Khamis, 2 Ogos 2007

Siri 1: Tawaran Jawatan Editor di Utusan Malaysia

Tawaran jawatan editor di Utusan Malaysia khas untuk wartawan atau editor-editor di Berita Harian, Bernama, Star, New Straits Times dan mana-mana penerbitan lain.


Jawatan Editor Yang Akan Dikosongkan:

1. Pengarang Sukan
2. Pengarang Utusan Online
3. Pengarang Hiburan

Kesemua editor-editor tersebut kini sedang dalam proses untuk ditendang ke jawatan baru Pengarang Prosesan - jadi kami memerlukan wartawan-wartawan dan editor-editor dari penerbiatan lain bagi mengisi jawatan-jawatan yang akan dikosongkan nanti.

Tidakkah anda mahu menjadi seperti Othman Mohamad - Penolong Ketua Pengarang (1) (dulunya merupakan bekas Pengarang di Bernama di Watan (yang telah berkubur)) ; Marhaini Kamaruddin - Pengarang Berita (dulunya wartawan Berita Harian); Mustapa Kamal Basri - Pengarang Ekonomi ( dulunya wartawan dan bekas Ketua Biro Bernama dan Star); dan ramai lagi contoh-contoh wartawan dari Bernama, Berita Harian, Star, New Straits Times dan penerbitan lain berjaya menjadi editor-editor di Utusan Malaysia.

Kami tidak boleh mengambil Penolong Pengarang, Ketua-Ketua Biro, wartawan-wartawan Utusan Malaysia menjadi editor tersebut kerana mereka semua macam lembu -dicucuk hidung dan hanya tahu buat kerja.

Jika anda berminat sila hubungi KP (Ketua Pengembala) Datuk Khalid Mohd atau TKP (Timbalan Ketua Pengembala) Aziz Ishak ditalian 03-92217055 untuk ditemuduga - jangan bimbang anda pasti akan diterima menjawat jawatan tersebut - walaupun anda sebelum ini melakukan banyak kesalahan dan banyak kena saman (ikut contoh Othman, Marhaini dan Mustapa - berlambak kesalahan dilakukan paling menyayat hati story-story muka depan) - ini peluang terbaik - minta segera - jangan tunggu lama-lama.

Sabtu, 21 Julai 2007

SIRI 3: KONSPIRASI MENJAHANAMKAN UTUSAN MELAYU (M) BERHAD

Utusan Melayu kini semakin parah - kenaikan pangkat yang diumumkan baru -baru ini merupakan taktik baru KP untuk memastikan agenda geng mamak tercapai dengan melantik mereka yang yes men sahaja memegang jawatan baru.

KP tidak akan menghadiri sebarang mesyuarat pegawai kanan kerana dia tahu apa yang telah berlaku di dalam Utusan Malaysia.

Dan lihat laporan syarikat terbaru ini adakah anda mengetahui keadaan Utusan Malaysia, baca dan cuba analisa sendiri keadaan syarikat:


Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kanan yang telah diadakan
di Bilik Mesyuarat Lembaga Pengarah, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad,
46M, Jalan Lima Melalui Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur pada 22 xxxxxx bersamaan hari Rabu jam 9.30 pagi.
KEHADIRAN AHLI
1.
Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin
(Pengerusi)
2.
Encik Mohd Nasir Ali
3.
4.
Cik W. Nor Asmah W. Ismail
5.
Dr. Ahmad Hairi Abu Bakar
6.
Cik Roselina Johari
7.
Encik Jamal Ahmed
(Mewakili Encik Adi Satria Ahmad)
8.
Encik Che Mat Abd Ghani
9.
Encik Jamal Khail Mohd Isa
10.
11.
Encik Mohd Nazlan Osman
TURUT HADIR
1.
Cik Sharina Saidon
(Setiausaha)
TIDAK HADIR
DENGAN MAAF
1.
2.
Datuk Mohd Khalid Mohd
Encik Adi Satria Ahmad
Mesyuarat telah dimulakan pada 9.30 pagi. Notis yang diedar dianggap telah dibaca.
Agenda mesyuarat dibentangkan dan mesyuarat menerimanya.

1. MEMBENTANGKAN LAPORAN
DARI JABATAN PENGARANG

Tiada laporan.

2. MEMBENTANGKAN LAPORAN
DARI JABATAN KEWANGAN

-Mesyuarat mengambil maklum laporan tersebut di atas.
Keseluruhan Perolehan xxxxxx

-Bagi xxxxxxx 200x, Syarikat mencatat keseluruhan perolehan sebanyak 2.6% lebih rendah berbanding bajet .

-Perolehan Pengedaran Bersih sebanyak xxxxxx adalah 2.5% lebih rendah berbanding bajet xxxxxx .

-Perolehan Iklan xxxxxx Perolehan iklan sebanyak adalah 3.4% lebih rendah.

-Kos operasi adalah 0.8% lebih tinggi memandangkan kenaikan kos gaji pegawai-pegawai kanan.
-Kosmo! Kerugian RM9.78 Juta
:
3. MEMBENTANGKAN LAPORAN DARI
JABATAN PENERBITAN


Margin Keuntungan Menurun 25% kesemua akhbar Syarikat mencatat margin keuntungan selepas perolehan iklan yang menurun 25.0% Kemerosotan ini disebabkan terutamanya oleh pertambahan kerugian daripada pengedaran (berikutan kenaikan kos pengeluaran) serta pertumbuhan perolehan iklan yang negatif.

Utusan Malaysia
Mencatat kerugian 18.8% disebabkan pertambahan 12.1% kos pengeluaran dan kejatuhan perolehan bersih iklan sebanyak 3.2%.
Kos pengeluaran pula meningkat selari dengan pertambahan jumlah edaran. Purata kos percetakan senaskhah akhbar (tidak termasuk komisen vendor dan kos iklan/promosi) adalah sebanyak RM1.20

Mingguan Malaysia
Turut mencatat keuntungan yang menurun 17.4% disebabkan kejatuhan 5.1% pendapatan daripada pengedaran berikutan pengurangan purata jualan, Kos percetakan senaskhah akhbar (tidak termasuk komisen vendor dan kos iklan/promosi) meningkat 13.6% Penurunan 40.3% margin pengedaran serta perolehan bersih iklan yang menurun 2.7% membawa kepada jumlah margin yang menurun.

Suplemen

Setelah menolak kos pengeluaran yang dianggarkan xxxxx, keseluruhan margin keuntungan bersih dicatat sebanyak xxxxx, meningkat 26.4%.

Maaf dari Paknujum.

Kepada pelayar-pelayar blog ini pak nujum minta maaf kerana tak dapat update blog - terutama siri menjahanamkan utusan - kerana komputer pak nujum rosak maka terpaksalah pak nujum beli komputer baru nak update blog ini, kepada semua terus melayar blog ini tetapi dalam ruangan comment paknujum dah letak syarat baru - jangan marah

Syarat Naik Pangkat

Paknujum terima comment ini dari Journalism_Auditor , mengancam juga apa dia kata -apa kata kita praktik ramai-ramai.


Syarat2 Naik Pangkat di Utusan

1. Jangan Terlalu Baik Macam Hassan Mohd. Noor
2. Jangan Kerja Terlalu Ikut Arahan dan Ikut Masa Macam Mike
3. Jangan Suka Menunjuk-Nunjuk Pandai Bahasa Inggeris Macam Zaharuddin JB
4. Jangan Utamakan Tuntutan Agama seperti Pergi Haji Macam Haji Kamel
5. Jangan Suka Memberi Idea Atau Pandangan Macam Si Caboi Rozaman
6. Jangan Terlalu Rajin Macam Zul Jalil

Tetapi, 2 pekara penting mesti dipatuhi1. Anda Mesti Jadi Ahli Kelab Golf Bos-Bos Utusan, dapat pegang kayu golf pun kira oke kot2. Anda Mesti Jadi Ahli Kelab Kantin, kalau boleh duduk 2 jam sekali turun


Lain-Lain Syarat Kelayakan Ialah:

1. Anda mesti masuk parti politik Utusan pilihan anda. Mana anda suka, parti pimpinan presiden lama. Atau satu lagi parti pimpinan orang yang baru dilantik. Tapi mau tak mau anda kena jadi satu lagi parti politik dalam utusan yang dipimpin seorang mamak botak. Jadi ada tiga, ikutlah mana anda suka.

2. Anda Mesti Menepati Masa - Datang 10 pagi Balik 6 Petang2. Jangan Buat Lebih Daripada Arahan, Dia nak 1 Story Buat 1 Story Sbb kalau buat 2 akan dianggap nak cabar kedudukan bos-bos.

3. Kalau pergi mana-mana mesti belikan sesuatu untuk bos-bos

4. Kalau boleh, ajak sekali dan selalu blanja bos bila turun makan di dalam atau luar office

5. Kalau boleh jgn tonjol diri sangat sebab lagi banyak kali anda menonjol lagi banyak kesilapan anda dikesan dan sengaja dicari oleh bos terutama NE-NE yang kaki golf.

6. Anda mesti orang yang ikut peraturan dan tahu peraturan. kalau bos suruh buat OT atau DP, anda boleh tolak dengan sebab anda kata itu hak anda. Kalau nak claim OT dan DP tapi bos larang, anda mesti tahu menjawab 'kalau tak sign, saya report kat union'.

7. Kalau anda perempuan, pastikan penampilan anda sentiasa mampu menaikkan nafsu berahi NE-NE dan bos-bos lain sebab itu saja modal yang anda ada, yang lain mereka tak nampak dah.... anda mesti tahu banyak bos termasuk yang no. 1 minat pompuan gebu

8. Kurangkan bercakap atau berkomunikasi kecuali perlu di pejabat sebab percakapan anda dirakam. Bos akan putar balik rakaman untuk mengata anda itu dan ini. Anda akan dicop itu dan ini.