Sabtu, 23 Jun 2007

SIRI 1: KONSPIRASI MENJAHANAMKAN UTUSAN MELAYU (M) BERHAD

Pengunjung-pengunjung blog ini mungkin tertanya-tanya apa kena mengenai tajuk di atas dengan prestasi buruk Utusan Melayu (M) Berhad sekarang, adakah ia ada kena mengena dengan KP, apakah yang berlaku di dalam syarikat merupakan agenda KP untuk menjahanamkan Utusan Melayu agar akhbar-akhbar terbitannya tidak lagi dapat memperjuangkan nasib Orang Melayu.

Pendedahan konspirasi ini mungkin panjang tetapi saya meminta pengunjung blog terus membacanya serta menganalisis dan kemudian membuat kesimpulan sendiri

Lihat keadaan sekarang:

1) Akhbar UTUSAN MELAYU JAWI (Asal) telah ditalkinkan yang tinggal hanya Utusan Melayu Mingguan (dibiayai oleh dua kementerian Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Kementerian Perlajaran - maksudnya penerbitan itu bukan lagi oleh Utusan Melayu (M) Berhad).

2. Akhbar Utusan Malaysia kini tidak berpengaruh, jumlah edaran terbaru kini telah jatuh di bawah 200,000 sehari walaupun pernah satu masa dulu ia mencecah sehingga 300,000 naskah sehari.

3. Bahagian Majalah Utusan Melayu (M) Berhad kini Utusan Karya Sdn. Bhd. semakin tenat akibat kejatuhan edaran majalah dengan penutupan satu persatu majalah serta majalah-majalah baru tidak mendapat sambutan.

Berita terkini kesemua majalah yang diterbitkan merundum jatuhnya, Majalah Wanita yang satu waktu dulu dikatakan majalah kampung tetapi mencapai 95,000 naskah jualan kini hanya mempunyai edaran di bawah 30,000 walaupun ia telah dirombak menjadi majalah bandar.

4. Kosmo! diterbitkan dan dikatakan telah mencecah 100,000 naskah sehari tetapi pada dasarnya ia mengutip kerugian setiap hari dan kini kerugian terkumpul telah mencecah lebih RM15 juta walaupun hanya diterbitkan kurang dari tiga tahun.

Ingatkah kita lagi dengan usaha-usaha penggabungan di antara Utusan Melayu dan NST (NESTUM) yang berlaku pada awal tahun ini tetapi akhirnya berjaya dihalang. Isu utama mengapa penggabungan ini hendak dilaksanakan kerana Utusan Melayu tidak mempunyai wang untuk menampung kos operasi serta pembesarannya pada masa akan datang.

Mengapa ini berlaku, adakah terdapat konspirasi di antara KP dengan beberapa pihak yang memang berhasrat untuk mencantumkan Utusan Melayu dengan NST, agar tidak ada lagi akhbar yang memperjuangkan agenda Orang Melayu.


Risikan demi risikan yang dilakukan oleh Pak Nujum memang terdapat konspirasi untuk menjahanamkan Utusan Melayu,tujuannya untuk membentuk sebuah syarikat media yang dikuasai oleh kumpulan tertentu agar dapat menekan pemimpin-pemimpin Melayu pada masa akan datang agar mengikut telunjuk mereka.

Pemberi maklumat Pak Nujum memberitahu kumpulan ini terdiri dari beberapa mereka yang amat berpengaruh dan bolehlah dikatakan sebagai Geng Mamak.

Dengan kuasa media melalui akhbar dan televisyen, Geng Mamak ini bisa menjatuhkan dan menaikan mana-mana pemimpin Melayu, maka sekiranya pemimpin Melayu tidak tunduk kepada mereka, bersedialah untuk dijatuhkan.

Untuk memastikan konspirasi Geng Mamak ini berjaya, maka NST perlu dicantumkan dengan Utusan Melayu, bagaimana hendak mencantumkan kedua-dua syarikat tersebut, Geng Mamak ini membuat keputusan bahawa Utusan Melayu perlu dilihat tidak mempunyai kekuatan untuk menampung operasinya, senang cakap untuk menjadi Utusan Melayu bankrap.

Dengan itu mudahlah ia dicantumkan, di sinilah peranan KP menurut pemberi-pemberi maklumat Pak Nujum iaitu dengan melemahkan Utusan Melayu, Usaha ini dibuat untuk memastikan akhbar-akhbar yang merupakan penjana wang bagi Utusan Melayu dilemahkan.


MENGHAPUSKAN SIMBOL PERJUANGAN ORANG MELAYU

Bermulalah usaha-usaha terancang, pertama menutup Utusan Melayu (Jawi) apabila ia dijadikan naskah tabloid dan kemudian dicetak hanya seminggu sekali dan akhirnya ditutup yang menyaksikan pembuangan pekerja. Alasannya ia merupakan akhbar yang merugikan.

Keputusan untuk menutup Utusan Melayu (Jawi) penting kerana ia mencerminkan bahawa wadah perjuangan Orang Melayu dengan mudah dihancurkan, akhbar ini merupakan simbol perjuangan Orang Melayu- maka simbol ini perlu dihapuskan terlebih dahulu.

Namun rancangan ini sedikit terganggu apabila KeKKWa dan Kementerian Pelajaran menjadi penyelamat kerana kedua-dua menteri itu melihat simbol perjuangan Orang Melayu ini perlu diselamatkan.

Maka kedua-dua menteri itu memastikan Utusan Melayu (Jawi) walaupun dalam bentuk mingguan dan diedarkan secara percuma diterbitkan semula.

Setelah gagal untuk menghampuskan simbol perjuangan Orang Melayu ini, konspirasi ditumpukan kepada akhbar lain.


MENJADIKAN UTUSAN MALAYSIA DIPINGGIR ORANG MELAYU

Konspirasi terancang ditumpukan kepada akhbar Utusan Malaysia pula dengan menjadikannya akhbar ini tidak lagi berpengaruh lagi di kalangan Orang Melayu- maka diputuskan bahawa Utusan Malaysia tidak lagi boleh memainkan isu-isu memperjuangkan hak Orang Melayu.

Kita dapat lihat hari ini tidak ada isu yang memperjuangkan Orang Melayu dibuat - rancangan untuk melemahkan Utusan Malaysia berjaya apabila pembaca-pembaca setia akhbar ini yang terdiri daripada Orang Melayu melihat akhbar ini tidak lagi memperjuangkan Orang Melayu - bermulalah kejatuhan jumlah pembaca dan akhirnya edaran akhbar Utusan Malaysia terkini hanya kurang 200,000 naskah.

Apa yang menjijikan, akhbar Utusan Malaysia dijadikan wadah memperjuangkan Masyarakat Mamak maka munculah isu kas-kas, Utusan Melayu bermati-matian mempertahankan penggunaan kas-kas agar tidak diharamkan di restoran-restoran mamak – keadaan ini menyebabkan Orang Melayu semakin meluat dan lebih ramai lagi tidak mahu melanggan akhbar Utusan Malaysia.

MERUNDUMKAN JUALAN MAJALAH UTUSAN MELAYU

Setelah berjaya melemahkan Utusan Malaysia, rancangan diteruskan dengan menumpukan kepada Bahagian Majalah yang selama ini menjadi tulang belakang kepada Utusan Melayu - menjadi penyalur kewangan kepada syarikat kerana jualan majalah yang menguntungkan.

Bahagian Majalah dipisahkan daripada Utusan Melayu dengan ditubuhkan Utusan Karya - agendanya agar majalah tidak akan menjadi penyalur dana atau wang kepada syarikat.

Usaha-usaha ini dimulakan dengan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk menubuhkan Utusan Karya (tujuannya agar Utusan Melayu kekurangan mudah tunai) membabitkan pembayaran faedah kepada pekerja-pekerja yang dihentikan, pengarang majalah-majalah yang berjaya seperti Majalah Wanita di lucutkan jawatan dan dihantar ke Utusan Malaysia.

Akhirnya tinggallah pengarang-pengarang yang tidak berkaliber menerajui majalah - akhirnya kesemua majalah kehilangan pembaca tetap.

Rancangan untuk menjahanamkan Utusan Melayu semakin berjaya di mana Majalah yang selalunya mencatatkan keuntungan di antara RM5 juta hingga RM6 juta setiap tahun kini , hanya mencatatkan keuntungan kurang dari RM1 juta.

Satu lagi rancangan Geng Mamak itu berjaya, mengurangkan penyaluran wang kepada Utusan Melayu dalam usaha melemahkan kedudukan syarikat.


KOSMO! ALAT UNTUK MEMBANKRAPKAN UTUSAN MELAYU

Konspirasi itu tidak terhenti disitu, usaha untuk melemahkan Utusan Melayu terus di laksanakan, tindakan seterusnya menerbitkan Kosmo!, walaupun menyedari bahawa Utusan Melayu tidak mempunyai keupayaan dari segi kewangan dan tenaga kerja, diterbitkan juga akhbar tersebut.

Penerbitan akhbar ini menyaksikan pelaburan besar-besaran yang menelan belanja antara RM30 juta hingga RM50 juta dalam tempoh dua tahun. Tujuannya untuk melemahkan mudah tunai dalam syarikat serta syarikat menanggung kerugian.

Pada masa ini Kosmo! telah mencatatkan kerugian di antara RM15 juta hingga RM20 juta.

Kesan daripada pelaburan buruk yang disengajakan ini, ia telah berjaya mengurangkan keuntungan Utusan Melayu (M) Berhad dari RM20 juta setahun yang telah dicatatkan sejak Nasir Ali mengambil alih jawatan Pengarah Eksekutif kepada RM5 hingga RM6 juta seperti yang dicatatkan pada zaman-zaman Pengarah Eksekutif lain.

Konspirasi ini telah berjaya untuk melemahkan Utusan Melayu, maka agenda untuk mencantumkan Utusan Melayu dengan NST kini semakin menjadi kenyataan apabila Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Utusan bertemu dengan Perdana Menteri, menyatakan bahawa Utusan Melayu memerlukan suntikan modal.

KERAMAT UTUSAN MELAYU MENYELAMATKAN UTUSAN MELAYU

Tanpa sedari oleh Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Eksekutif, geng ini secara senyap bertemu dengan PM serta dengan disokong oleh menantu kesayangannya agar dicantumkan Utusan Melayu dan NST untuk menyelesaikan masalah Utusan Melayu.

Tetapi konspirasi kumpulan itu gagal apabila berlakunya tentangan hebat dari pekerja-pekerja Utusan Melayu dengan di sokong oleh pemimpin-pemimpin Melayu. Rancangan untuk menggabungkan Utusan Melayu dan NST dibatalkan.

Namun konspirasi geng ini belum berakhir, rancangan seterusnya dibuat - ditumpukan pula kepada satu lagi strategi.

Nantikan pada posting selanjutnya apa yang telah dirancang untuk menjahanamkan Utusan Melayu agar kumpulan media yang diterajui oleh kumpulan ini dapat di realisasikan.

5 ulasan:

mamat berkata...

UM mayat hidup... Sudah mati bila editors ngikut telunjuk pemerintah negara.

Kirim salam je lah....

AHIRUDIN ATTAN berkata...

Sdr, mana bab 3 nyer? Cepat lah sikit, jgn tunggu sampai Utusan dah tak de.

Terimakasih.

sudu berkata...

sdr, tolong bersihkan segala komen-komen yang tidak ada kena mengena dengan isu ini.

nampaknya ada orang cuba kacau blog anda dengan memasukkan komen yang ntah apa-apa, berjela-jela panjangnya!

mata_mata berkata...

kawan2,

nantikan kejutan kedua lagi gempak daripada khalid mohd pada isnin 23 julai 2007 di bilik mesyuarat utusan, csl pukul 10 pagi.

Tanpa Nama berkata...

Mamak says: orang Melayu sendiri menjatuhkan orang Melayu bukan Mamak yg menjatuhkan orang Melayu... Sorry to say but it is true...