Agenda untuk menjahanamkan Utusan Melayu kini semakin diperhebatkan, ia bermula sejak awal tahun ini.
Geng Mamak yang terkenal dengan moto tidak putus asa walaupun konspirasi dan agenda untuk menjahanamkan Utusan Melayu dengan melemahkan akhbar-akhbar Utusan Melayu serta memiskinkan syarikat berjaya, – namun agenda utama untuk mencatumkan Utusan Melayu dengan NST gagal yang menyebabkan mereka melipatgandakan usaha untuk menjahanamkan Utusan Melayu.
Geng Mamak itu menurut pemberi maklumat Pak Nujum telah mengarahkan KP melaksanakan rancangan seterusnya, kali ini melemahkan Utusan Malaysia dari segi menyingkirkan pekerja-pekerja berpotensi, caranya dengan tidak menaikan pangkat para eksekutif muda yang berpotensi kepada jawatan-jawatan yang lebih baik.
Malahan para eksekutif muda yang telah dijanjikan jawatan dan sepatutnya diletakkan di tempat-tempat sepatutnya telah diletakan di tempat yang boleh mencetuskan rasa tidak harmoni di kalangan para eksekutif, sasaran pertama ialah Eksekutif Biro Putrajaya walaupun berkaliber tetapi dengan hasrat untuk menekannya dijadikan Penolong Pengarang Ekonomi di bawah Pengarang Ekonomi, walaupun bantahan dari pengarang-pengarang kanan lain bahawa jawatan itu tidak sesuai dengan dia.
Penolong Pengarang Ekonomi dan Pengarang Ekonomi pernah bergaduh sebelum ini yang menyaksikan Penolong Pengarang Ekonomi itu dipindahkan serta merta ke Meja Am. Tujuan KP untuk meletakkan eksekutif itu di Meja Ekonomi memang bertujuan untuk memastikannya meletak jawatan – ini berjaya apabila rasa tidak puas hati eksekutif itu terhadap Pengarang Ekonomi memuncak dan akhirnya meletak jawatan dengan bekerja di tempat lain yang menawarkan jawatan yang lebih baik.
Agenda untuk memiskinkan Utusan Melayu dalam sumber manusia menjadi perkara utama kerana dengan cara ini sahaja lah Utusan Melayu akan kehilangan wartawan dan pekerja yang berkaliber untuk meneruskan kelangsungan Utusan Melayu.
Akhirnya, Utusan Melayu kehilangan ramai wartawan dan pekerja berkaliber apabila satu persatu meletak jawatan apabila dinafikan hak naik pangkat dan posisi yang dijanjikan di samping kenaikan gaji yang hanya membabitkan RM80 hingga RM200, satu penghinaan terhadap para eksekutif yang bekerja dari pagi hingga petang untuk melihat kejayaan Utusan Melayu.
Pemberi maklumat Pak Nujum memberitahu, KP sebelum ini sengaja mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan Pengarang-Pengarang Kanan apabila hanya lima sahaja Pengarang Kanan di naikkan gred sedangkan yang lain masih digred lama.
Utusan Melayu hari ini bukan sahaja kehilangan wartawan dan eksekutif berkaliber malahan ketidakharmonian di kalangan pekerja juga semakin memuncak,malahan sehingga kini Utusan Melayu masih bergelut untuk mendapatkan wartawan berkaliber untuk mengisi jawatan di Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia – dua akhbar Utusan Melayu.
Konspirasi seterusnya dalam bab 3
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan