Selasa, 2 Disember 2008

ORANG AZIZ DAN ORANG UTAN SIRI SATU

ORANG AZIZ DAN ORANG UTAN SIRI SATU

MAKA termaktub sudah sapa Orang Aziz dan sapa Orang Utan
mereka yang jadi Orang Aziz terus dapat habuan walaupun
dunggu tidak boleh diajar pandai tidak boleh diikut tapi
yang jadi Orang Utan terus berada di dalam kandang menanti
pisang yang tak datang-datang.

ORANG AZIZ YANG DAPAT HABUAN

1. Badrul Azhar Abdul Rahman akan dinaikan pangkat Ketua
Pengarang Utusan Karya dengan keupayaan tak tahu buat apa-
apa hinggakan Kosmo semuanya dikendalikan oleh editor lain
tapi keupayaan utama ialah suka bersenda gurau dengan awek
gatal hinggakan ada skandal dengan wartawan montel.

2. Zaini Hassan akan dinaikan pangkat sebagai Penolong
Ketua Pengarang dengan keupayaan bermain politik akhirnya
menyebabkan Utusan disaman RM30 juta dan berapa banyak lagi
kos yang terpaksa ditanggung untuk Utusan membela diri
mungkin ratusan ribu kerana peguam bela yang diupah bukan
calang-calang orang.

3. Hassan Md Noor akan dinaikan pangkat sebagai Pengarang
Utusan Malaysia dengan keupayaan tak berani nak membantah
hinggakan Mingguan Malaysia hampir menjadi surat khabar
kecik, senang dibuli hinggakan Pengarang Berita Kanan
tukarkan wartawan boleh lagi bersabar menurut perintah
tegasnya.

4. Zin Mahmood akan dinaikan pangkat sebagai Pengarang
Mingguan Malaysia dengan keupayaan menurut sahaja tak
berani nak bersuara tapi kalau bab menghentam pengurusan
nombor uno namun kalau isteri bersuara terpaksa ya sahaja
sebab ada dua.

5. Baharom Mahusin akan dinaikan pangkat Pengarang Kosmo
dengan keupayaan memporak perandakan Jabatan Pengarang
Utusan Malaysia disebabkan dia ramai wartawan berhenti
kerana melihat dia seperti orang gila uruskan Meja Am macam
bapak dia punya serta gila kuasa melanggar sempadan macam
tentera Yahudi kerana fikir dia lah yang paling berkuasa.

6. Zulkefli Hamzah akan dinaikan pangkat Pengarang Berita
Kanan dengan keupayaan macam tin kosong kerana memang otak
kosong terikut-ikut semasa jadi wakil Jakarta bangun pagi
tengok surat khabar lepas tu buat berita, tengahari tengok
berita televisyen lepas tu buat berita bila jadi Pengarang
Berita tak tahu apa-apa hinggakan ciplak berita wartawan
biasa barulah dapat buat berita.

ORANG UTAN YANG TUNGGU PISANG

1. Ahmad Abdul Hamid lebih dikenali sebagai ABAH kerana
menentang semasa menjadi Ketua Pengarang Utusan Karya demi
kebaikan terus kena pindah jadi Penolong Ketua Pengarang 2
dengan tugas-tugas jaga sisipan walaupun cerdik dan mesra
tetapi terus jadi Orang Utan gembira agaknya terus dalam
kandang.

2. Mohd Noor Abdul Samad lebih dikenali dengan nama mike
sekarang ni Penolong Pengarang Kosmo buat kerja sampai kena
stroke tapi nasib baiklah tak berakhir riwayat kerana tuhan
masih kasihan tapi kerana tak tahu mengipas terpaksalah
diam lihat yang lain terus mengipas dan mengepam maka
teruslah jadi Orang Utan bertapa dalam kandang.

3. Mohd. Kamil Yusoff tak ada nama popular sekarang ni
Pengarang Utusan Melayu lebih popular sebagai akhbar jawi
kerana silap orang terus kena peram semasa zaman si botak
hitam tapi kerana sikap memang baik punya terus-terus jadi
Orang Utan kena peram dalam kandang.

2 ulasan:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

utusan ni parti politik atau akhbar yang jadi suara melayu dan dapat kaut keuntungan. kalau teresa kok tahu maklumat ni... tentu berguna.

kalau org utusan pun berperang... kalau benarlah cerita yang ditulis ini maka tabung membela utusan ditakuti akan jadi membela peribadi tertentu pulak.

terima kasih dgn info ini. teruskan korek, korek, korek,

Tanpa Nama berkata...

Hebat juga orang-orang utusan. ada berbini dua, ada suka yang montel.

Selamat kembali Pak Nujum.

Siapa lagi ada buah hati di Utusan tu?