Ahad, 16 Ogos 2009

MENGHAPUSKAN TUNGGUL MATI DI UTUSAN


Pengarah Eksekutif, Nasir Ali - inilah dia tunggul mati di dalam utusan, tunggul mati yang harus dihapuskan dalam utusan kerana ia merupakan beban kepada syarikat terutama dalam tempoh lapan tahun menjadi pengarah eksekutif tidak ada sumbangan besar kepada syarikat, apa yang tunggul mati ini lakukan ialah hanya menguruskan utusan sehinggakan syarikat kini hampir mencapai tahap bankrap.

Lapan tahun menguruskan utusan apakah yang dia lakukan.

1. Menipu pemegang saham syarikat termasuk dua pemegang saham terbesar,UMNO dan Nilam Setar (M) Sdn. Bhd. mengenai kewujudan tunai dan baki di bank sebanyak RM63.38 juta setakat 31 Disember 2007 tetapi sebenarnya Utusan tidak ada tunai di bank, ia membayar gaji dan beroperasi dari pinjaman yang dibuat daripada anak syarikat, Utusan Media dan Sales.

2. Cuba mengabungkan Utusan dengan NSTP atas alasan keupayaan pengilangan tetapi pusingan pertama telah digagalkan oleh pengarang-pengarang kanan di dalam utusan, tetapi kini idea ini diputarkan kembali dan kalau dulu pengarang-pengarang kanan menentang tetapi kali ini mereka menyambut baik idea penggabungan dengan NSTP. Tak lama lagi talkinkan lah utusan melayu.

3. Menyeleweng wang syarikat dengan membuat silap mata, kononnya membeli roll paper tetapi sebenarnya tidak ada, wang RM5 juta membeli roll paper itu di masukan ke dalam kantong sendiri dan yang terbaru Nasir Ali telah menandatangani satu cek bernilai RM3 juta dan didepositkan ke dalam akaun kroninya, apabila akaun bertanya mengenai cek tersebut, si tungul mati ini menyatakan dia salah sain cek, tapi sampai sekarang wang tersebut tidak dapat diperolehi semula dan telah lesap entah kemana.

4. Kini dalam proses menyeleweng wang syarikat, pembinaan bangunan baru dikatakan dengan kos RM50 juta sebenarnya ini adalah cara unuk tunggul mati itu untuk menyeleweng lebih banyak wang syarikat, bagaimana bangunan besi yang hanya empat tinggkat dan dengan keluasan yang kecil boleh berharga sebegitu, sdangkan China Press yang membina kilang lebih enam tingkat dan siap dengan mesin pencetakan hanya memerlukan kos pembinaan kurang dari RM50 juta.

Wahai warga utusan, sekiranya anda mahu melihat Utusan terus hidup dan pekerja terus mendapat faedah yang baik hapuskan Nasir Ali, tunggul mati ini merupakan beban kepada kita semua. hantar email anda meminta Perdana Menteri memecat tunggul mati ini di laman blog Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di http://www.1malaysia.com.my/ di bahagian contact us - hantarkan rasa tidak puas hati anda kepada PM.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

selamat kembali pak nujum


reporter cabok utusan

Tanpa Nama berkata...

Teruskan perjuangan anda Pak Nujum...kalau perlu berselindung, berselindunglah kamu demi menegakkan kebenaran kerana kalau buat laporan ke SPRM dan keluar di laman web, maka anda dituduh fitnah syarikat....hidup Pak Nujum

Tanpa Nama berkata...

pak nujum,

selamat berpuasa dan salam ramadan al mubarak

bila kita nak buat `resepsi' bagi raikan `kematian' amran `si tukang fitnah' ahmad di utusan?

si gemok sorang lagi tu bila lagi nak caj membawa masuk tian chua berceramah secara haram di utusan???

shinjuku-japan

Tanpa Nama berkata...

1. Emm...rasanya cek 3 juta tu kalau nak released perlukan 2 signature, bukan En Nasir sorang jer yg sign. Tak perlu risau sebab Auditor pasti akan dapat spot mana2 transaksi palsu.

2. Ikut logik, pembelian roll paper tu memang wujud sebab tu KOSMO masih tetap kekal pada harga RM1 berbanding akhbar2 lain.

3. Tunai di Bank...mana2 syarikat pun aliran tunai dibank dengan di atas kertas akaun syarikat takkan sama sebab ada banyak cek tertunggak yang diterima drpd supplier dan telah dikemaskini dalam sistem akaun bagi pengeluaran Penyata Bulanan.

4. Mungkin ada logiknya pembinaan bangunan Korporat Utusan berharga RM50 juta sebab ia akan menempatkan hampir semua anak syarikat di bawah satu bumbung. Hiasan dalaman yang boleh memuatkan kesemua petugas2 memerlukan dekorasi yang terbaik, pasti tenaga profesional mengenakan caj yg tinggi untuk urusan dekorasi belum lagi termasuk bayaran kepada kontrantor pembinaan.

Kepada pengarang blog, saya sebenarnya elergic dgn kesatuan NUJ-UM kerana anda semua lebih suka mencari kesalahan pengurusan lebih2 lagi apabila banyak tuntutan kesatuan tidak dapat dipenuhi oleh pengurusan. Hentikanlah tohmahan yang sebegini...rezeki anda bermula dengan UMMB. Gunakan cara yang lebih diplomasi untuk selesaikan masalah2 yang timbul. Cara sebegini lebih kepada menghasut dan memfitnah tanpa kesahihan. Neraka tempat anda...bertaubatlah!!!!

Tanpa Nama berkata...

kalau amran penulis blog ni sila tampil secara terbuka. ini kerana pasti seluruh warga utusan agar mengenang jasa anda membongkar penyelewengan nasir ali.

-kenapa perlu sembunyi lagi...