Sabtu, 21 Julai 2007

SIRI 3: KONSPIRASI MENJAHANAMKAN UTUSAN MELAYU (M) BERHAD

Utusan Melayu kini semakin parah - kenaikan pangkat yang diumumkan baru -baru ini merupakan taktik baru KP untuk memastikan agenda geng mamak tercapai dengan melantik mereka yang yes men sahaja memegang jawatan baru.

KP tidak akan menghadiri sebarang mesyuarat pegawai kanan kerana dia tahu apa yang telah berlaku di dalam Utusan Malaysia.

Dan lihat laporan syarikat terbaru ini adakah anda mengetahui keadaan Utusan Malaysia, baca dan cuba analisa sendiri keadaan syarikat:


Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kanan yang telah diadakan
di Bilik Mesyuarat Lembaga Pengarah, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad,
46M, Jalan Lima Melalui Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur pada 22 xxxxxx bersamaan hari Rabu jam 9.30 pagi.
KEHADIRAN AHLI
1.
Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin
(Pengerusi)
2.
Encik Mohd Nasir Ali
3.
4.
Cik W. Nor Asmah W. Ismail
5.
Dr. Ahmad Hairi Abu Bakar
6.
Cik Roselina Johari
7.
Encik Jamal Ahmed
(Mewakili Encik Adi Satria Ahmad)
8.
Encik Che Mat Abd Ghani
9.
Encik Jamal Khail Mohd Isa
10.
11.
Encik Mohd Nazlan Osman
TURUT HADIR
1.
Cik Sharina Saidon
(Setiausaha)
TIDAK HADIR
DENGAN MAAF
1.
2.
Datuk Mohd Khalid Mohd
Encik Adi Satria Ahmad
Mesyuarat telah dimulakan pada 9.30 pagi. Notis yang diedar dianggap telah dibaca.
Agenda mesyuarat dibentangkan dan mesyuarat menerimanya.

1. MEMBENTANGKAN LAPORAN
DARI JABATAN PENGARANG

Tiada laporan.

2. MEMBENTANGKAN LAPORAN
DARI JABATAN KEWANGAN

-Mesyuarat mengambil maklum laporan tersebut di atas.
Keseluruhan Perolehan xxxxxx

-Bagi xxxxxxx 200x, Syarikat mencatat keseluruhan perolehan sebanyak 2.6% lebih rendah berbanding bajet .

-Perolehan Pengedaran Bersih sebanyak xxxxxx adalah 2.5% lebih rendah berbanding bajet xxxxxx .

-Perolehan Iklan xxxxxx Perolehan iklan sebanyak adalah 3.4% lebih rendah.

-Kos operasi adalah 0.8% lebih tinggi memandangkan kenaikan kos gaji pegawai-pegawai kanan.
-Kosmo! Kerugian RM9.78 Juta
:
3. MEMBENTANGKAN LAPORAN DARI
JABATAN PENERBITAN


Margin Keuntungan Menurun 25% kesemua akhbar Syarikat mencatat margin keuntungan selepas perolehan iklan yang menurun 25.0% Kemerosotan ini disebabkan terutamanya oleh pertambahan kerugian daripada pengedaran (berikutan kenaikan kos pengeluaran) serta pertumbuhan perolehan iklan yang negatif.

Utusan Malaysia
Mencatat kerugian 18.8% disebabkan pertambahan 12.1% kos pengeluaran dan kejatuhan perolehan bersih iklan sebanyak 3.2%.
Kos pengeluaran pula meningkat selari dengan pertambahan jumlah edaran. Purata kos percetakan senaskhah akhbar (tidak termasuk komisen vendor dan kos iklan/promosi) adalah sebanyak RM1.20

Mingguan Malaysia
Turut mencatat keuntungan yang menurun 17.4% disebabkan kejatuhan 5.1% pendapatan daripada pengedaran berikutan pengurangan purata jualan, Kos percetakan senaskhah akhbar (tidak termasuk komisen vendor dan kos iklan/promosi) meningkat 13.6% Penurunan 40.3% margin pengedaran serta perolehan bersih iklan yang menurun 2.7% membawa kepada jumlah margin yang menurun.

Suplemen

Setelah menolak kos pengeluaran yang dianggarkan xxxxx, keseluruhan margin keuntungan bersih dicatat sebanyak xxxxx, meningkat 26.4%.

Maaf dari Paknujum.

Kepada pelayar-pelayar blog ini pak nujum minta maaf kerana tak dapat update blog - terutama siri menjahanamkan utusan - kerana komputer pak nujum rosak maka terpaksalah pak nujum beli komputer baru nak update blog ini, kepada semua terus melayar blog ini tetapi dalam ruangan comment paknujum dah letak syarat baru - jangan marah

Syarat Naik Pangkat

Paknujum terima comment ini dari Journalism_Auditor , mengancam juga apa dia kata -apa kata kita praktik ramai-ramai.


Syarat2 Naik Pangkat di Utusan

1. Jangan Terlalu Baik Macam Hassan Mohd. Noor
2. Jangan Kerja Terlalu Ikut Arahan dan Ikut Masa Macam Mike
3. Jangan Suka Menunjuk-Nunjuk Pandai Bahasa Inggeris Macam Zaharuddin JB
4. Jangan Utamakan Tuntutan Agama seperti Pergi Haji Macam Haji Kamel
5. Jangan Suka Memberi Idea Atau Pandangan Macam Si Caboi Rozaman
6. Jangan Terlalu Rajin Macam Zul Jalil

Tetapi, 2 pekara penting mesti dipatuhi1. Anda Mesti Jadi Ahli Kelab Golf Bos-Bos Utusan, dapat pegang kayu golf pun kira oke kot2. Anda Mesti Jadi Ahli Kelab Kantin, kalau boleh duduk 2 jam sekali turun


Lain-Lain Syarat Kelayakan Ialah:

1. Anda mesti masuk parti politik Utusan pilihan anda. Mana anda suka, parti pimpinan presiden lama. Atau satu lagi parti pimpinan orang yang baru dilantik. Tapi mau tak mau anda kena jadi satu lagi parti politik dalam utusan yang dipimpin seorang mamak botak. Jadi ada tiga, ikutlah mana anda suka.

2. Anda Mesti Menepati Masa - Datang 10 pagi Balik 6 Petang2. Jangan Buat Lebih Daripada Arahan, Dia nak 1 Story Buat 1 Story Sbb kalau buat 2 akan dianggap nak cabar kedudukan bos-bos.

3. Kalau pergi mana-mana mesti belikan sesuatu untuk bos-bos

4. Kalau boleh, ajak sekali dan selalu blanja bos bila turun makan di dalam atau luar office

5. Kalau boleh jgn tonjol diri sangat sebab lagi banyak kali anda menonjol lagi banyak kesilapan anda dikesan dan sengaja dicari oleh bos terutama NE-NE yang kaki golf.

6. Anda mesti orang yang ikut peraturan dan tahu peraturan. kalau bos suruh buat OT atau DP, anda boleh tolak dengan sebab anda kata itu hak anda. Kalau nak claim OT dan DP tapi bos larang, anda mesti tahu menjawab 'kalau tak sign, saya report kat union'.

7. Kalau anda perempuan, pastikan penampilan anda sentiasa mampu menaikkan nafsu berahi NE-NE dan bos-bos lain sebab itu saja modal yang anda ada, yang lain mereka tak nampak dah.... anda mesti tahu banyak bos termasuk yang no. 1 minat pompuan gebu

8. Kurangkan bercakap atau berkomunikasi kecuali perlu di pejabat sebab percakapan anda dirakam. Bos akan putar balik rakaman untuk mengata anda itu dan ini. Anda akan dicop itu dan ini.

Analisa Kenapa Anda Gagal Dinaikkan

Paknujum terima comment ini beberapa lama dulu: mungkin anda tak berpeluang mengetahui siapa dia yang dimaksudkan oleh mata-mata:

hassan md nor (Pengarang Mingguan Malaysia) : hang baik sangat, sekali-kali lawanlahbos dlm bilik tu!

mike (Penolong Pengarang Kosmo!): @#$%^&*() berserahlah pada allah mike!

ariffin nordin (Pengarang Sisipan) : ni sorang lagi senyap.duklah pindiam-diam di suplemen tu.

haji kamel (Mantan Pengarang Berita kini Pengarang Jawi) : kamu naik haji cepat sangat, bos tak suka orang pergi haji cepat-cepat ni! tengoklah apajadi pada haji hamzah, haji shamri, haji bob, hajahnorela, hajah sholena, hajah wan rahimah. takat gumrah tak apa lah mcm haji mail tu, kan naik pangkat!lain kali kalau nak pergi haji tunggu bersara dulu!


zaharuddin (Ketua Biro Johor): tulah mulut ko lazer sangat.walauponorang putih ko berabuk-rabuk, di utusan bos takpandang tu semua.lain kali jaga mulut tu sikit.kalau naknaik pangkat. tengok orang yang ganti kau tu, diam je(diam-diam ubi berisi tau, banyak jugak masyuk!wakakakaka)

rozaman(Mantan Pengarang Tugasan kini Ketua Biro Putrajaya): kau memang caboi sejak di csllagi. ingat tak lagi apa kau sound direct kat hashimmakaruddin?. apa kau ingat dia orang nak diam je.tingkat empat pun dengarlah! pergi mintak maaf kathashim sekarang jugak!


ruhaidini (Ketua Meja Jenayah): walaupun awak tinggi lampai dan bergayamuka awak tak cantik, banyak lubang. bos tak sukaperempuan tak cantik. jangan buat facial, tak jadi.pergi cari botok.. suntik vitamin c lebih-lebihkurang. badan tu jangan kurus sangat, ambil weightgain. biar berisi dan nampak gebu. bos suka orang yanggebu-gebu berisi ni.


noraini razak(Penolong Pengarang Rencana): awak pun satu tak cantik, gemok.walaupun senyum dan hati awak manis, tu semua bos takpandanglah! mulai sekarang amalkan diet biar kurussikit. kalau boleh pergi buat face bleaching biarnampak putih sikit. dressing tu kalau boleh jagasikit! kalau rasa perlu bukak tudung bukak je. manalahtahu ada rezeki naik pangkat.


samsor jonid (Penolong Pengarang Berita) : kamu tu orang bagi jadi ane dahberuntung. nak kena cold storage mcm dulu lagi ke!satu lagi kamu tak handsom.jagalah cara berpakaian tu.bos tak suka lah serabai-serabai ni.

zulkifli dollah(Penolong Pengarang Berita): kamu satu lagi , orang dah bawakmasuk ke news desk dah mujor berangan nak naikpangkat. kamu kena kenang jasa bos selamatkan bawakeluar dari meja foreign dulu. satu lagi tukarlahcermin mata tu. bos tak sukalah.

razak din( Ketua Biro Perak): razak, p sikat rambut dulu!

zulkifli jalil (Pengarang Tugasan dan Penolong Pengarang Berita): kasihan kat kamu zul, kerja siangmalam pagi petang, sangat berbakat. tapi kamu diamsangat, tak banyak cakap maknanya tak pandai nakampulah. sekarang bos tak tengok lagi orang kuatbekerja. orang tekun macam kamu ni tak boleh hiduplahdi utusan. why not sekali sekala, pontenglahdiam-diam, keluar minum lama-lama sikit, sembanglama-lama sikit. balik offis sambung balik kerja.

ramli karim (Penolong Ketua Meja Jenayah): kau pulak terlalu berani.tuntut itu ,tuntut ini masa duduk kosmo dulu. hey brother, ngkoingat bos suka ke perjuangan mcm tu. duduk diam-diam,dengar apa dia kata, ikut apa dia suruh.

Mata-mata dalam comment juga menulis: `` khalid mohd, you are the greatest mother fucker of all times!''

SIRI 2: KONSPIRASI MENJAHANAMKAN UTUSAN MELAYU (M) BERHAD

Agenda untuk menjahanamkan Utusan Melayu kini semakin diperhebatkan, ia bermula sejak awal tahun ini.

Geng Mamak yang terkenal dengan moto tidak putus asa walaupun konspirasi dan agenda untuk menjahanamkan Utusan Melayu dengan melemahkan akhbar-akhbar Utusan Melayu serta memiskinkan syarikat berjaya, – namun agenda utama untuk mencatumkan Utusan Melayu dengan NST gagal yang menyebabkan mereka melipatgandakan usaha untuk menjahanamkan Utusan Melayu.
Geng Mamak itu menurut pemberi maklumat Pak Nujum telah mengarahkan KP melaksanakan rancangan seterusnya, kali ini melemahkan Utusan Malaysia dari segi menyingkirkan pekerja-pekerja berpotensi, caranya dengan tidak menaikan pangkat para eksekutif muda yang berpotensi kepada jawatan-jawatan yang lebih baik.
Malahan para eksekutif muda yang telah dijanjikan jawatan dan sepatutnya diletakkan di tempat-tempat sepatutnya telah diletakan di tempat yang boleh mencetuskan rasa tidak harmoni di kalangan para eksekutif, sasaran pertama ialah Eksekutif Biro Putrajaya walaupun berkaliber tetapi dengan hasrat untuk menekannya dijadikan Penolong Pengarang Ekonomi di bawah Pengarang Ekonomi, walaupun bantahan dari pengarang-pengarang kanan lain bahawa jawatan itu tidak sesuai dengan dia.
Penolong Pengarang Ekonomi dan Pengarang Ekonomi pernah bergaduh sebelum ini yang menyaksikan Penolong Pengarang Ekonomi itu dipindahkan serta merta ke Meja Am. Tujuan KP untuk meletakkan eksekutif itu di Meja Ekonomi memang bertujuan untuk memastikannya meletak jawatan – ini berjaya apabila rasa tidak puas hati eksekutif itu terhadap Pengarang Ekonomi memuncak dan akhirnya meletak jawatan dengan bekerja di tempat lain yang menawarkan jawatan yang lebih baik.
Agenda untuk memiskinkan Utusan Melayu dalam sumber manusia menjadi perkara utama kerana dengan cara ini sahaja lah Utusan Melayu akan kehilangan wartawan dan pekerja yang berkaliber untuk meneruskan kelangsungan Utusan Melayu.
Akhirnya, Utusan Melayu kehilangan ramai wartawan dan pekerja berkaliber apabila satu persatu meletak jawatan apabila dinafikan hak naik pangkat dan posisi yang dijanjikan di samping kenaikan gaji yang hanya membabitkan RM80 hingga RM200, satu penghinaan terhadap para eksekutif yang bekerja dari pagi hingga petang untuk melihat kejayaan Utusan Melayu.
Pemberi maklumat Pak Nujum memberitahu, KP sebelum ini sengaja mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan Pengarang-Pengarang Kanan apabila hanya lima sahaja Pengarang Kanan di naikkan gred sedangkan yang lain masih digred lama.
Utusan Melayu hari ini bukan sahaja kehilangan wartawan dan eksekutif berkaliber malahan ketidakharmonian di kalangan pekerja juga semakin memuncak,malahan sehingga kini Utusan Melayu masih bergelut untuk mendapatkan wartawan berkaliber untuk mengisi jawatan di Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia – dua akhbar Utusan Melayu.
Konspirasi seterusnya dalam bab 3