Sabtu, 21 Julai 2007

SIRI 3: KONSPIRASI MENJAHANAMKAN UTUSAN MELAYU (M) BERHAD

Utusan Melayu kini semakin parah - kenaikan pangkat yang diumumkan baru -baru ini merupakan taktik baru KP untuk memastikan agenda geng mamak tercapai dengan melantik mereka yang yes men sahaja memegang jawatan baru.

KP tidak akan menghadiri sebarang mesyuarat pegawai kanan kerana dia tahu apa yang telah berlaku di dalam Utusan Malaysia.

Dan lihat laporan syarikat terbaru ini adakah anda mengetahui keadaan Utusan Malaysia, baca dan cuba analisa sendiri keadaan syarikat:

Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kanan yang telah diadakan
di Bilik Mesyuarat Lembaga Pengarah, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad,
46M, Jalan Lima Melalui Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur pada 22 xxxxxx bersamaan hari Rabu jam 9.30 pagi.
KEHADIRAN AHLI
1.
Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin
(Pengerusi)
2.
Encik Mohd Nasir Ali
3.
4.
Cik W. Nor Asmah W. Ismail
5.
Dr. Ahmad Hairi Abu Bakar
6.
Cik Roselina Johari
7.
Encik Jamal Ahmed
(Mewakili Encik Adi Satria Ahmad)
8.
Encik Che Mat Abd Ghani
9.
Encik Jamal Khail Mohd Isa
10.
11.
Encik Mohd Nazlan Osman
TURUT HADIR
1.
Cik Sharina Saidon
(Setiausaha)
TIDAK HADIR
DENGAN MAAF
1.
2.
Datuk Mohd Khalid Mohd
Encik Adi Satria Ahmad
Mesyuarat telah dimulakan pada 9.30 pagi. Notis yang diedar dianggap telah dibaca.
Agenda mesyuarat dibentangkan dan mesyuarat menerimanya.

1. MEMBENTANGKAN LAPORAN
DARI JABATAN PENGARANG

Tiada laporan.

2. MEMBENTANGKAN LAPORAN
DARI JABATAN KEWANGAN

-Mesyuarat mengambil maklum laporan tersebut di atas.
Keseluruhan Perolehan xxxxxx

-Bagi xxxxxxx 200x, Syarikat mencatat keseluruhan perolehan sebanyak 2.6% lebih rendah berbanding bajet .

-Perolehan Pengedaran Bersih sebanyak xxxxxx adalah 2.5% lebih rendah berbanding bajet xxxxxx .

-Perolehan Iklan xxxxxx Perolehan iklan sebanyak adalah 3.4% lebih rendah.

-Kos operasi adalah 0.8% lebih tinggi memandangkan kenaikan kos gaji pegawai-pegawai kanan.
-Kosmo! Kerugian RM9.78 Juta
:
3. MEMBENTANGKAN LAPORAN DARI
JABATAN PENERBITAN

Margin Keuntungan Menurun 25% kesemua akhbar Syarikat mencatat margin keuntungan selepas perolehan iklan yang menurun 25.0% Kemerosotan ini disebabkan terutamanya oleh pertambahan kerugian daripada pengedaran (berikutan kenaikan kos pengeluaran) serta pertumbuhan perolehan iklan yang negatif.

Utusan Malaysia
Mencatat kerugian 18.8% disebabkan pertambahan 12.1% kos pengeluaran dan kejatuhan perolehan bersih iklan sebanyak 3.2%.
Kos pengeluaran pula meningkat selari dengan pertambahan jumlah edaran. Purata kos percetakan senaskhah akhbar (tidak termasuk komisen vendor dan kos iklan/promosi) adalah sebanyak RM1.20

Mingguan Malaysia
Turut mencatat keuntungan yang menurun 17.4% disebabkan kejatuhan 5.1% pendapatan daripada pengedaran berikutan pengurangan purata jualan, Kos percetakan senaskhah akhbar (tidak termasuk komisen vendor dan kos iklan/promosi) meningkat 13.6% Penurunan 40.3% margin pengedaran serta perolehan bersih iklan yang menurun 2.7% membawa kepada jumlah margin yang menurun.

Suplemen

Setelah menolak kos pengeluaran yang dianggarkan xxxxx, keseluruhan margin keuntungan bersih dicatat sebanyak xxxxx, meningkat 26.4%.

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ya tuhan selamatkan la utusan - masih adakah keramat utusan melayu

Tanpa Nama berkata...

to sdr zuljalil,

seperti kata kawan-kawan lain, tak payahlah rajin-rajin tulis artikel lagi, kerana semua tu bos tak dipandang sebagai indeks peningkatan prestasi untuk naik pangkat!

so sekarang jom turun, join kelab kantin borak pasal golf...!!!huuuuuuuuuuuuhaaaaaaaaaa

Unknown berkata...

aik, sampai la ni Zul Jalil belum naik pangkatka? Yang lain tu aku tak taula, tapi Zul Jalil ni jenis kurang cakap banyak kerja.

Dulu masa jaga Utusan kota bukan main ligat lagi dia.

Harap lepas ni dapatla naik balik.

Tumpang tanya mana pi habis penulis rencana hebat-hebat kat utusan macam Baharum Mahusin dan Zul Bakar?

Sekarang rencana Utusan tarak Kick. Ketua pengarang pun dah tutup ruangan pojok.

Tanpa Nama berkata...

to amlg,

kat utusan ni kalau ngko rajin mcm zuljalil,zuibakar bos-bos tak pandang.

bos-bos pandang orang yang join kelab golf utusan je....!!!!!

Unknown berkata...

Sejak Utusan dah naik 1.50, kemudian hentikan pojok hari ahad, rencana pun dah tak berapa kick lagi macam dulu, amlg pun dah lama tak beli Utusan. Protes.

Tanpa Nama berkata...

kelab golf utusan, bila lagi nak adakan friendly game dengan kelab kantin utusan?

buatlah, sekurang-kurangnya sejuk sikit hati depa yang tengah marah tu!!!!

Tanpa Nama berkata...

pak nujum,

hari tu kata berpuloh-puloh orang akn berhenti krn tak puashati dengan pelantikan ahli-ahli KGU sebagai ne baru!!!.

kecuali yusri, yang lain tak nampak pun! dah kena beli ke??? jadilah mcm yusri tak termakan pun dgn janji sne dan bos-bos lain.

Tanpa Nama berkata...

aku dengar singa lapar tu duk mengaum je sehari dua ni bila orang kutuk kgu!

apa dah kena ???? terasa ke?

Tanpa Nama berkata...

aku tak mau join KGU, aku nak buat kelab aku sendiri KELAB DAKI GUNUNG KINABALU.
boleh daki gunung dengan md nor amin....opssss sorry dengan bos sekali!
manalah tau lepas ni dapat naik pangkat. md nor, kamu balik nanti sah-sah kamu naik pangkat kat bilik gambar tu. wakakakaakak!

Tanpa Nama berkata...

ada org kata, untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

aku kata, untung sabut tenggelam, untung bola golf timbul!

Tanpa Nama berkata...

lu, semua jangan galuh-galuh, latang join kelab telo asin gua,

Tanpa Nama berkata...

Hoi Pak Nujum,

Penipu besau la kao nie... cakap main golf dapat naik pangkat.. Aku dah penat menghayun batang golf tau... tapi perubahan terbaru ni, langsung tak kena walapun sipi-sipi...
Aleh-aleh si si taufeq razak tu yang dapat offer jadi biro chip.. Hampeh betuii.. mamat tu bukan tau main golf pong... main teloq pandai la....

Tanpa Nama berkata...

Tidak kurang hebatnya dengan rombakan @ kenaikan pangkat dulu dengan yang terbaru ini. Kecoh satu Malaya dengan fasa II rombakan dalam HQ editorial hari ini. Di bawah ini analisa yang telah diaudit oleh auditor berlesen mengenai perkembangan terbaru ini:

1. Kalau pelantikan dulu ikut senarai nama diserahkan seorang bos (baru naik jadi bos besar) yang juga Presiden Kelab Golf Utusan, pelantikan semalam nampaknya berbeza. Ada juga baiknya blog pak nujum ni sebab nampaknya bos baca blog ni dan dah mula ambil kira prestasi kerja orang untuk dinaikkan pangkat. Percaya atau tidak bos mamak tu memang baca blogspot ni? Memang dia baca. Buktinya, kali ini tiada seorang pun ahli KGU yang naik pangkat; cuma yang naik ialah ahli kelab kantin... kira ok lah beb. Tahniah kepada semua yang naik pangkat; Mus (Pengarang Ekonomi); Khairudin (Pen. Pengarang Ekonomi); Normala (Pengarang Prosesan); Rosmah Dain (Pen. Pengarang Prosesan); Nazeri Nong Samah (Pengarang Prosesan); Johardy (ANE); Fauzi (Ketua Biro Sarawak); Siti (Ketua Meja Keluarga); Maheran (Penolong Ketua Meja Keluarga); Borhan (ANE); Rozilan (ANE); Hamden (Ketua Meja Kota) dan Hairulazim (Pemangku Ketua Biro PP). Bagi saya mereka semua memang dah buat kerja, mereka buktikan tak payah masuk KGU pun mereka boleh buat kerja dengan baik. Orang2 baik dan rajin kerja macam Kamil, Samsor, Zul Jalil dan Rozaman tersisih dalam rombakan dulu sebab masa tu mungkin bos mamak dengar cakap Presiden KGU yang calonkan ahli kelab PGU, sekarang dia dengar cakap orang lain yang lagi realistik. Yang saya tak boleh jawab ialah apa jadi dengan Zaharuddin, sampai bila dia nak kena freeze kat JB? Kenapa zalim sangat hukum orang macam tu sekali hanya kerana kesalahan tak nak pi Jakarta. Dia pun manusia, ada anak bini... pikirlah sikit.

2. Pesanan kepada kawan2 peminat blogspot ni, janganlah attack personal atau peribadi kawan2 lain, siap sebut nama lagi. Tak elok. Kalau tak suka seseorang, jumpa dan slow talk. Sekarang apa kita perjuangkan ialah "keadilan sejagat" di Utusan melibatkan perubahan midah di kalangan bos-bos besaq terutama mamak seorang tu. So, lain kali janganlah perang dengan kawan2 sendiri. Kalau dah terdesak nak sangat pulun, tulislah dengan berhemah dan tak payah sebut nama. Macam mana pun, kepada kepimpinan kami dalam NUJ, anda semua mesti juga lakukan sesuatu jika ada pendedahan dibuat dalam blog ini termasuk dakwaan skandal dan sebagainya, cari bukti dan ambil tindakan, itupun kalau betul. Sama ada mereka jadi pasangan di dalam atau di luar office, itu tak boleh dibiarkan lebih-lebih lagi kalau ada bukti bos beromen dalam kereta dengan anak buah dan perempuan tu pula dapat layanan istimewa walaupun kerja tak seberapa.

3. Nak jawab lah sikit soalan daripada seseorang dalam blog ini yang nak tahu kenapa hanya yusri saja yang berhenti. Saya yakin yang tulis ni ialah bos-bos dari KGU yang makan cili terasa pedas cerita dulu. Dia saja provok kita, apa dia ingat Utusan ni dia punya ke tak bagi kita kerja sini? Kita protes sebab bos-bos tak adil bukan sebab tak suka kerja Utusan. Tak payahlah provok. Kalau betul ada 9 atau 10 orang nak berhenti, biarlah dia orang resign. Yang terbaru, dengarnya memanh sah dua orang bertaraf ANE termasuk seorang Ketua Biro dah hantar notis berhenti kerja! Siapa mereka, carilah sendiri beb!

4. Kepada bos mamak kalau baca blog ni, ambil lah iktibar, insaflah, taubatlah....tanya diri sendiri kenapa ramai yang berhenti.... khabarnya semua berhenti kerana anda. Ia bermula dengan Zul Bakar, Kamal Zailani, kemudian Asuki, Azam Shairi, Sharil Kadir, Nordin Jonid, Izwar, Yusri dan lagi, dan lagi,dan lagi....

5. Kepada pemilik blok, cantek awak tapis dulu.... teruskan hayat blog ini, tapi jangan ketat sangat.

Ini ke wajah sebenar Utusan?? Banyak polemik dalaman yang begitu sukar dirungkai atau disuarakan secara terang-terangan. Padanlah masa aku ditukarkan ke Kelantan dulu aku dah rasa semacam???

Dahulu niat aku join Utusan adalah atas dasar, inilah akhbar Melayu (maaf bukan mamak) yang banyak berjuang untuk kebebasan negara dari imperialis2 barat (imperialis turut membawa maksud; mereka yang bukan asal keturunannya dari bumi bertuah Melayu!)

Kononnya aku juga ingin menjadi sebahagian daripada pejuang-pejuang (wartawan2 pembela agama, bangsa dan negara)yang tidak gentar dengan senjata mata pena mereka.

Alahai sayang seribu kali sayang, perjuangan ku disekat dek kerana keseronokan ku berkhidmat di Utusan-KL (5 bulan) dimusnahkan tanpa belas kasihan dan pertimbangan.

Namun,aku gagahkan diri ke Kelantan selama dua bulan dalam keterpaksaan dan kecelaruan. Awal tahun ini (Februari) aku terpaksa membunuh minat ku (resign) dalam bidang ini atau aku akan jadi `biul' di Kelantan.

Syukur sekarang aku kembali gagah dan bersemangat seperti dahulu sungguhpun aku bukan lagi dalam bidang kewartawanan sebaliknya bidang PR.

-Selamat maju jaya sahabat2 seperjuangan Utusan yang ku kenali secara rapat atau langsung tidak pernah bertegur dek kerana segan dan hormat kepada mereka.

Pak Nujum berkata...

Kepada semua pelayar blog ini, tak perlu acap kali saya buat posting baru. Komen-komen anda memang mengancam - kalau KP dan TKP atau lebih sedap disebut Ketua Pengembala dan Timbalan Ketua Pengembala tidak sedar juga rungutan hati pekerja-pekerja di Utusan Malaysia - jom lah ramai-ramai kita sedekahkan sesikat pisang ke Surau - minta doa kepada Allah s.w.t. agar mereka ini di keluarkan dari Utusan Malaysia - (tapi kalau ada yang nak minta mereka mati kemalangan atau mati sakit jantung ke - itu terpulang kepada tuan-tuan sekelian - pastinya saya akan publishkan komen) tersebut cukup 44 orang minta perkara itu - hai masyallah jadi benar.

Minta maaf kepada mereka yang hendak sabotaj blog ini - nampaknya pak nujum terima banyak komen sampah - nasib baiklah pak nujum teror IT.

Tanpa Nama berkata...

pak nujum,

utusan ada gak ke cyber trooper yang dibayar gaji kacau blog ni?

jangan bagi peluang pd mereka. kita zasssss je mereka!!!